Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Lapan orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan Amerika Syarikat ke atas beberapa kemudahan infrastruktur di Iran.

Jumlah korban akibat serangan terbaru dilaporkan meningkat kepada 38 orang ketika ketegangan di Selat Hormuz terus memuncak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 8 orang maut manakala 20 lagi cedera dalam serangan Amerika Syarikat ke atas beberapa kemudahan infrastruktur di Iran.
00:09Agensi Berita Rasmi Iran IRNA melaporkan serangan tersebut menyasarkan infrastruktur di beberapa wilayah di negara itu.
00:17Ketua Pusat Perhubungan Awam Kementerian Kesehatan Iran Hossein Kermanpor berkata, jumlah kematian akibat serangan Amerika Syarikat sepanjang bulan ini kini
00:26meningkat kepada 38 orang.
00:28Tambahnya lebih 400 orang dilaporkan cedera dengan 47 daripadanya masih menerima rawatan di hospital.
00:36Mangsa yang terkorban termasuk 3 wanita dan seorang remaja berusia bawah 18 tahun manakala mangsa cedera turut melibatkan wanita dan
00:43juga kanak-kanak.
00:45Dalam pada itu Komando Pusat Amerika Syarikat atau SENCOM maklumkan operasi terbaru itu merupakan malam ke-6 berturut-turut serangan
00:52yang menyasarkan aset ketenteraan Iran.
00:54Konflik kedua-dua negara terus memuncak susulan pertikaian berhubung selat hormus meskipun satu memorandum persefahaman telah dimeterai pada bulan lalu.
01:02Terima kasih.
01:04Terima kasih.
Comments

Recommended