Skip to playerSkip to main content
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar

Tumpuan #AWANI745 malam ini:

- Siapa menang? Siapa kalah? Saingan sengit di Johor

- 90 laporan kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Johor

- Krisis Bersatu, Muhyiddin mahu selesai dalam parti

- Isham Jalil sah masuk Pas

Saksikan #AWANI745 setiap hari 7.45 malam di saluran 501 Astro AWANI dan
👉🏻 LIVE TV - https://bit.ly/3RBN4UH

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:39Terima kasih kerana menonton!
01:01Hari ini di Awani 7.45 dan Sinar Awani memberi tumpuan kepada perkembangan terkini pilihan raya negeri Johor, Johor memilih.
01:10Luqman Haris berada di ZAR sentiasa melaporkan jumlah undi tidak rasmi dan rasmi.
01:16Kita akan terus saja bersama Luqman untuk kemas kini keputusan dan tentunya Luqman pelbagai yang akan dikongsikan daripada petang tadi
01:24sehingga kini dan hingga lewat malam.
01:25Luqman.
01:26Baik, ya Jasmine. Sekarang hari ini keputusan tidak rasmi masuk dengan banyak dan juga pantas.
01:30Kita akan terus sembahukan kepada anda kemas kini dari semasa ke semasa untuk kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
01:37Itu kita akan kongsikan sebentar saja lagi.
01:39Tetapi Jasmine, kongsikan seluruh berita-berita yang menarik untuk hari ini.
01:42Dan kita akan kembali ke saya dari semasa ke semasa untuk kita berikan kepada anda kemas kini.
01:47Berterusan PRN Johor 2026.
01:50Bila itu dia tadi Luqman Haris seperti yang saya katakan tadi menarik sekali apa yang akan dikongsikan kepada Luqman namun
01:56kita akan beralih kepada laporan seterusnya terlebih dahulu
01:58di mana calon Pakatan Harapan PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Don Senggarang On Abu Bakar mendakwa berlaku insiden dipercayai
02:06membabitkan pengundi hantu
02:07apabila seorang pengundi gagal menunaikan hak selepas mendapati namanya telah digunakan individu lain untuk mengundi.
02:15Beliau berkata satu laporan polis berhubung kejadian yang berlaku di SMK Senggarang telahpun dibuat pada pagi Sabtu.
02:22Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
02:24Salam sejahtera.
02:25Tuan-tuan dan perempuan yang remati sekalian.
02:27Saya ingin memberi makluman.
02:28Ada satu laporan polis berlaku pada hari ini di Tuntung Senggarang.
02:32Iaitu di SMK sekarang pada 10.50 pagi oleh seorang pengundi yang tidak boleh mengundi.
02:37Kerana apa?
02:38Kerana namanya telah diundi oleh orang lain.
02:41Oleh itu saya mohon pihak SPR memastikan semua rakyat negara yang terutama pengundi dia itu sekarang boleh mengundi.
02:48Saya minta orang ramai sila keluar mengundi dari sekarang.
02:51Pastikan undi saudara selamat tidak diundi orang lain.
02:55Baiklah anak rantau berpusu-pusu pulang ke desa bagi menunaikan tanggungjawab mengundi
03:00dalam pilihan raya negeri Johor sekaligus menghidupkan kemeriahan suasana di kampung.
03:06Rata-rata menyifatkan hari pengundian kali ini seakan-akan sambutan hari lebaran
03:11apabila ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul beramai-ramai.
03:16Tinjawan Esrawani di sekitar Dewan Undangan Negeri Dun Tenggaruh dan Endau di Mersing mendapati sebelum pusat mengundi dibuka,
03:23orang ramai sudah memenuhi pekarangan sekolah dan dewan mengundi.
03:27Ada yang hadir bersama ahli keluarga, tidak kurang juga anak rantau yang baru tiba dari luar Johor.
03:33Penduduk Felda Nitar 1 Mohd Saswan Mohd Jamil berkata,
03:38kesedaran politik dalam kalangan anak muda semakin meningkat.
04:01Bagi Mohd Saswan, jika dahulu suasana pada waktu pagi lebih banyak didominasi pengundi berusia,
04:07kali ini gambarannya berbeza apabila saluran, membabitkan golongan muda, turut dipenuhi pengundi.
04:15Sementara itu bagi seorang anak rantau yang menetap di Kuala Lumpur,
04:19Mohd Zaidi Abil Muttalib berkata pulang mengundi menjadi satu tanggungjawab yang tidak pernah diabaikan setiap kali pilihan raya diadakan.
04:28Memang setiap kali pilihan raya, saya memang akan balik.
04:35Walaupun saya sekarang menetap di Kuala Lumpur, tapi setiap kali pilihan raya, saya tetap akan ambil peluang untuk balik mengundi.
04:45Cuma perbezaan kali ini, saya tengok lebih ramai.
04:49Seawal 8 pagi, saya tengok dah ramai pengundi-pengundi kali ini yang muda, yang pulang ke kampung halaman untuk mengundi
05:00di pilihan raya Johor kali ini.
05:01Seorang Jenderal Parti Rohana Sain berkata, sepanjang lebih 20 tahun bertugas pada pilihan raya, suasana kali ini cukup berbeza.
05:12Kalau dibandingkan dulu, ramai orang daripada sekitar kawasan kampung sahajalah, ramai pengundi-pengundi luar yang kurang berminat untuk nak datang
05:24mengundi, nak hadir mengundi.
05:26Tapi setakat ini, Alhamdulillah, beberapa penggal pilihan raya ini, untuk yang raya PLN tahun ini, Alhamdulillah, ramai anak-anak rantau
05:36balik dengan tujuan untuk dia nak mengundi.
05:39Mengundi dan dia bagi keterang itu, dia ada hatilah untuk nak datang balik mengundi itu.
05:47Bagi penduduk, inilah antara suasana hari pengundian paling meriah yang pernah mereka saksikan.
05:56Baiklah, aliran trafik dan pergerakan di bangunan Sultan Iskandar BSI serta kompleks Sultan Abu Bakar, dua pintu masuk darat utama
06:04antara Malaysia dan Singapura, diraporkan lancar pada Sabtu.
06:07Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Hantaran di PlatformX, memaklumkan perkembangan itu adalah berdasarkan maklumat yang diterima
06:16daripada pasukan agensi kawalan dan pelindungan sempadan Malaysia, EKPS.
06:21Beliau turut memuat naik video berdurasi 29 saat yang memaparkan situasi di kedua-dua pintu masuk berkenaan dengan caption Good
06:29Job Tim AKPS pagi ini laluan lancar di BSI dan KSAB.
06:35Sebelum ini, AKPS melaksanakan operasi pada tahap maksimum di BSI dan KSAB bagi melancarkan pergerakan pengundi yang pulang dari Singapura
06:45untuk menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya negeri PRN Johor ke-16.
06:50Langkah itu melibatkan pembukaan laluan khas, pengaktifan kaunter hybrid serta pelaksanaan laluan kontra sekiranya berlaku kesesakan luar biasa.
06:59Laluan khas tersebut beroperasi 24 jam bermula 12.01 tengah malam sehingga 6 petang hari ini.
07:07PRN Johor kali ini menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN.
07:16Sebanyak 1,076 pusat mengundi yang melibatkan 4,889 saluran dibuka serentak bermula jam 8 pagi.
07:25Suruhan Jaya Pilihan Raya SPR menyasarkan kadar keluar mengundi sekitar 70% manakala keputusan rasmi penuh dijangka diketahui seawal jam
07:3510 malam ini.
07:37Pala Ali Parlimen Muang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru rakyat agar mengetepikan perbezaan politik dan kembali memperkukuhkan perpaduan sebaik
07:46sahaja proses pengundian serta keputusan pilihan raya negeri Johor PRN Johor dimuktamadkan.
07:51Beliau berkata perbezaan pandangan politik dan juga ideologi merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi namun tidak seharusnya menjadi punca perpecahan
08:00dalam kalangan rakyat.
08:03Beliau berkata Malaysia mempunyai kira-kira 35 juta penduduk iaitu sebahagian kecil daripada populasi dunia.
08:10Justru rakyat perlu memberi tumpuan kepada pelbagai cabaran yang perlu dihadapi secara bersama sebagai sebuah negara.
08:17Menurutnya perbezaan pendapat adalah lumrah dalam demokrasi dan tidak seharusnya menghalang usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
08:26Syed Saddiq berkata rakyat Malaysia masih berdepan pelbagai cabaran yang memerlukan kerjasama serta kesepakatan semua pihak tanpa mengira latar belakang
08:35politik.
08:3630 Jun lalu, Syed Saddiq memaklumkan tidak akan menyertai kempen muda sempena PRN Johor untuk fokus membersihkan namanya di mahkamah.
08:45Katanya beliau perlu menunggu dua minggu lagi selepas mahkamah persekutuan menangguhkan keputusan rayuan pihak pendawaan terhadap pembebasannya.
08:53Mahkamah persekutuan menangguhkan keputusan rayuan akhir pendawaan terhadap Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan
09:03serta denda RM10 juta kepada 13 Julai ini.
09:09Kerajaan Persekutuan perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA bagi menangani isu-isu ekstremism termasuk ajaran sesat
09:18di negara ini.
09:19Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayub Khan Maiden Pichip kata,
09:22Dengan adanya undang-undang tegas tersebut, pihak polis tidak perlu menunggu tindakan Jabatan Agama untuk menangani mana-mana ajaran yang
09:29boleh mengancam keselamatan dan perpaduan kaum.
09:34Macam sekarang ni tidak ada pun undang-undang yang boleh memaksa pengamah-pengamah ajaran sesat tu ikut program murian,
09:41kalau diorang datang, datang, tak datang pun kita tak ada paksa diorang.
09:44Sebab tu saya katakan tadi tu, pendekatan ISA tu paling berkesan untuk menangani isu-isu ajaran sesat, keselamatan, pergauman, 3R.
09:54Kalau ada balik, nantilah.
09:56Ini pandangan saya, berdasarkan pengalaman yang kita ada yang kita buat ni, mengenai ISA adalah satu undang-undang yang amat
10:05berkesan untuk menangani isu-isu keelamatan, pergauman, agama, ajaran sesat.
10:10Perlu diwujudkan balik.
10:12Perlu diwujudkan balik.
10:13Tegas Ayub pihaknya kini memantau secara serius elemen-elemen ajaran sesat yang berbentuk salafi jihad yang dipromosikan di media-media
10:23sosial tanpa sekatan.
10:24Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan syarahan bertajuk keharmonian akidah dan pemeliharaan syariat, peranan penguatkuasaan undang-undang dalam melindungi
10:35agama di Malaysia sepanjang seminar Kelestarian Pemikiran Islam Nusantara di Hikmah Exchange Kucing.
10:46Kerajaan digesa melaksanakan pendekatan lebih drastik dan menyeluruh termasuk merampas serta melucut hak milik kenderaan individu yang disabitkan kesalahan memandu
10:55di bawah pengaruh alkohol atau DUI atau dadah.
10:59Saat itu dibuat susulan perdedahan data terbaru oleh Menteri Pengangkutan Anthony Lok di Dewan Rakyat yang disifatkan sebagai isyarat amaran
11:07kecemasan terhadap tahap keselamatan jalan raya di negara ini.
11:10Bekas Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Miros Syahrim Tamrim berkata sebanyak 48 kes kemalangan maut akibat
11:22DUI direkodkan dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini setakat 31 Mei 2026 sekaligus menyamai jumlah keseluruhan kes maut sepanjang
11:32tahun 2023.
11:33Beliau berkata walaupun angka tangkapan menunjukkan tren penurunan drastik iaitu daripada 3,299 kes pada 2023 kepada 2,468 pada
11:462024 dan 1,820 pada 2025 ia bukanlah petanda jalan raya semakin selamat.
11:54Tambah beliau dalam kenyataan secara logiknya penurunan tangkapan sepatutnya mencerminkan jalan raya yang lebih selamat namun apa yang berlaku adalah
12:02sebaliknya.
12:03Jelas beliau ini adalah petunjuk jelas bahawa penguatkuasaan semakin longgar di lapangan manakala risiko terhadap nyawa rakyat kekal tinggi.
12:12Sehubungan itu Syahrim mengulangi desakan agar kerajaan memindah Akta Pengangkutan Jalan 1987 APJ 1987 dengan mengambil acuan tegas mencetuhi model
12:24Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010.
12:29Menurutnya di bawah APAD 2010 Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mempunyai kuasa mutlak untuk menyita dan melucuk hak bilik lori komersial
12:39yang melanggar peraturan muatan dengan 465 kenderaan telah dirampas secara kekal pada tahun lalu.
12:48Bila pastikan anda jangan ke mana-mana sekembali nanti lebih banyak laporan mengenai tentunya pilihan raya negeri Johor dalam Sinar
12:54Awani bersama saya dan rakan-rakan saya yang lain seketika nanti.
13:11Assalamualaikum dan salam sejahtera saya Jazmina Mubakar dan ini Sinar Awani dan ini antara tumpuan yang kami akan bawakan untuk
13:17anda pada malam ini.
13:21Siapa menang? Siapa kalah? Saingan sengit di Johor.
13:2990 laporan kesalahan sepanjang kempen pilihan raya negeri Johor.
13:36Krisis Bersatu Muhyiddin mahu selesai dalam parti.
13:44Dan Isyam Jalil sah masuk PAS.
14:00Pada perkembangan Johor memilih Siti Nur Akilah Umar berada di pusat penjumlahan undi PRN Johor ke-16 di bangunan Sultan
14:09Ismail Kota Iskandar.
14:11Sudah tentu hari ini hari yang sibuk dan hari yang panjang kita mahu tahu di mana kan Akilah dan apakah
14:17perkembangan terbaru yang boleh dikongsikan Akilah.
14:19Silakan.
14:23Ya Yasmin kita berada di pusat penjumlahan undi bagi pilihan raya negeri ke Johor ke-16 iaitu di bangunan Sultan
14:30Ismail Kota Iskandar.
14:32Di mana suasana di sini tenang tidak seperti di bilik gerakan parti-parti yang bertanding seperti Barisan Nasional, Pakatan Harapan,
14:39Buda dan juga Perikatan Nasional.
14:41Seawal jam 5 petang tadi sebenarnya para petugas media telah tiba di sini untuk mendapatkan maklumat awal.
14:47Dan pusat penjumlahan undi SPR di sini adalah untuk keputusan rasmi sahaja.
14:52Yang saya difahamkan akan dimaklumkan seawal jam 8.30 malam secara berperingkat.
14:58Ketika ini berlaku proses memasukkan data, keputusan mengundi yang diperolehi daripada 56 pusat penjurahan undi rasmi.
15:07Saya juga difahamkan akan berlaku dua sidang media oleh pengurusi SPR, Datuk Sri Ramlan Harun.
15:14Yang mana pertama sekiranya situasi memperlihatkan majoriti muda dan kedua pengumuman kemenangan parti bertanding yang akan membentuk kerajaan negeri.
15:23Bagaimanapun jika situasi tidak memperlihatkan majoriti muda, hanya ada satu sidang media sahaja iaitu pengumuman kemenangan parti yang bertanding.
15:33Sedikit perkongsian Yasmin, pada PRN ke-16 kali ini seramai 172 calon bertanding daripada 8 parti iaitu bagi merebut 56
15:43kerusi yang mana barisan nasional mempertaruhkan 56.
15:46begitu juga dengan harapan perikatan nasional 33 bersama 15 kerusi, muda 4 kerusi, masing-masing satu asli dan PSM dan
15:55juga 6 bagi bebas.
15:57dan sedikit perkongsian untuk update untuk keputusan tidak rasmi, BN memenangi kerusi di Dun Kukub, Datuk Anhafiz Ghazi mendahului kerusi
16:10di Dun Macab, juga tidak rasmi BN menang di Dun Sedeli.
16:16Setakat itu keputusan yang saya baru perolehi Yasmin di pusat penjualan undi di SPR ini.
16:24Tadi kita melihat kepada sasaran SPR untuk mencapai 70% keluar mengundi.
16:30Kalau jangkaan yang tadi kita dapat ataupun data yang terakhir kita dapat hampir mencecah.
16:34Adakah ia menjadi perbualan dan mungkin ia akan tercapai kila?
16:38Mungkin kila ada laporan awal daripada apa yang berlaku di lapangan kila?
16:46Saya setakat ini yang saya difahamkan dan dimaklumkan jumlah itu adalah jumlah yang terkini.
16:53Tetapi bagaimanapun sebenarnya Yasmin, keputusan keluar mengundi di Johor pada PRN kali ini
17:00pada saya adalah satu peningkatan yang bagus berbanding dengan PRN pada tahun sebelumnya.
17:08Pada PRN Johor ke-15 yang mana hanya sekitar 50% saja pengundi, pemilih mengundi.
17:16Dan peratusan pengundi itu adalah separuh hanya separuh.
17:21Tetapi berbanding dengan kali ini, hampir 70% itu adalah satu peratusan yang pada saya adalah
17:28boleh dikatakan memuaskan kerana kita melihat macam tadi juga saya bersama jurukamera
17:33EFI Gazi ada membuat tinjawan di beberapa pusat mengundi daripada awal pagi ke pulai
17:40dan tengah hari berada di Johor Baru.
17:42Kita dapat melihat pengundi ataupun pemilihan berdaftar ini bertali arus
17:47tiba di pusat mengundi untuk menggunakan tanggungjawab mereka
17:51dan saya kira peratusan itu penting untuk kesedaran pengundi-pengundi
17:56ataupun rakyat di Johor ini untuk memilih satu kerajaan
18:00yang mereka yakin mampu mentadbir Johor untuk fasa seterusnya Yasmin.
18:06Itu dia tadi, itulah harapan kita kila tentunya di mana-mana sahaja
18:10harapannya adalah untuk mendapat majoriti yang lebih besar
18:13bagi memastikan mandat itu kuat untuk mengemudi kerajaan negeri.
18:17Baiklah, itu tadi Siti Nur Akilah Umar di pusat penjublahan undi
18:20di bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar.
18:23Kita terus saja bersama Luqman Haris yang masih kekal di kaki gunung ledang
18:27untuk membawakan apa yang dinanti-nantikan tentunya keputusan rasmi
18:31dan juga keputusan tidak rasmi.
18:32Luqman, keputusan panas mana yang hendak dikongsikan kerana tadi
18:37kila ada sentuh sikit part Luqman kesikrusi panas itu. Luqman?
18:41Malangnya, Yasmin belum lagi ada lagi keputusan tidak rasmi
18:44mahupun rasmi yang selanjutnya melainkan apa yang kita kongsikan sejak
18:49mungkin sejam ataupun dua jam.
18:50Lepas yang Yasmin, harapan yang Yasmin kongsikan itu menang dengan
18:53konklusif majoriti yang kukuh itu mungkin adalah harapan milik parti politik
18:58tapi harapan kita semua termasuk saya di sini adalah kita dapat keputusan rasmi itu
19:01dengan secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui dengan konklusif
19:06dengan secepat mungkin dan di sinilah tempatnya di mana keputusan semua itu
19:10akan dikongsikan sama ada tidak rasmi ataupun rasmi untuk kesemua
19:13lima puluh enam don. Tapi sebelum itu penting juga untuk kita
19:16imbas kembali angka-angka asas PRN Johor tahun dua ribu dua puluh enam ini
19:21lapan entiti yang bertanding pada kali ini, Yasmin yang mungkin yang paling
19:24banyak berbanding PRN-PRN yang sebelum ini di negeri Johor. Sudah tentu
19:29Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan adalah dua gabungan yang
19:32mempertandingkan ke semua lima puluh enam kerusi. Mereka menurunkan calon di
19:36semua kerusi yang boleh diturunkan dan mereka diikuti rapat dengan
19:40Perikatan Nasional yang bertanding di tiga puluh tiga kerusi. Parti
19:43Newcomer, Parti Kancil bersama menurunkan calon di lima belas kerusi.
19:48Satu angka yang agak mengagumkan juga. Agak boleh dihormati
19:52memandangkan parti ini. Parti yang baru beberapa bulan ditubuhkan
19:55tapi mereka menetapkan calon di lima belas kerusi. Agak signifikan
19:58lebih daripada muda yang hanya bertanding di empat kerusi dan ini
20:01adalah PRN kedua Johor yang ditandingi oleh muda. Seperti yang kita sedia maklum
20:05mereka menang. Satu-satunya kerusi iaitu Puteri Wangsa pada PRN 2022
20:10mereka ingin mengekalkan malah dana malah menambah. Tetapi keputusan yang
20:14kita kongsikan sekitar dua jam lepas tadi Jasmine menunjukkan muda
20:17tidak mendahului di situ kerana pada kali ini tidak seperti PRN
20:212022 ada PH dan mungkin ia memberikan cabaran kepada muda untuk
20:27mengekalkan kerusi itu di samping menambah kerusi mereka. Tetapi tidak
20:30dilupakan juga parti asli ada menorunkan seorang calon yang juga
20:35akan kita saksikan. Jati Awang akan mencuba nasib untuk merampas
20:39satu kerusi parti PSM satu kerusi dan juga kita ada enam orang calon
20:44bebas yang bertanding di keseluruhan lima puluh enam kerusi
20:48dun ini. Keseluruhannya Jasmine seratus tujuh puluh dua orang calon
20:52merebut lima puluh enam kerusi dun ini dan kita sudah kongsikan saya
20:57kira mungkin dua puluh ataupun dua puluh lebih keputusan tidak rasmi
21:00seawal jam empat setengah ataupun lima setengah petang tadi dan
21:04sudah tentu keputusan tidak rasmi ini mungkin berubah dan kita
21:06lihat beberapa kerusi panas seperti Puteri Wangsa, seperti Macap,
21:11seperti Permas dan sebagainya. Ada sedikit drama di situ khasnya
21:16kerusi-kerusi yang menyaksikan pertandingan banyak penjuru empat
21:19dan juga lima penjuru. Barisan Nasional yakin mereka mendakwa bahawa
21:23mereka sudah memenang setidak rasmi sehingga empat puluh satu kerusi.
21:26itu melebihi angka yang mereka menangi pada PRN 2022 setiap itu
21:30empat puluh kerusi. Sudah tentu angka keramatnya adalah
21:33dua puluh sembilan kerusi untuk memenangi majoriti mudah untuk
21:36membentuk kerajaan negeri tapi angka yang lebih besar daripada itu
21:40adalah tiga puluh sembilan kerusi. Dua per tiga untuk betul-betul
21:44mengekalkan majoriti dan juga otoriti yang kukuh untuk lima
21:47tahun akan datang untuk menerajui kerajaan negeri Johor.
21:51Seperti yang Jasmine cakap, itulah harapannya. Tapi adakah harapan itu
21:54mudah dikecapi untuk barisan nasional atau mungkin ada
21:56sedikit kejutan yang bakal dicatatkan di beberapa kerusi
21:59daripada lima puluh enam kerusi itu. Itu kami akan
22:01bawakan kepada anda sepanjang hari ini sehingga lewat malam.
22:04Kalau boleh lewat malam pun lewat malam lah kita akan kekal
22:06di sini untuk bawakan kepada anda keputusan untuk setiap satu
22:09daripada lima puluh enam kerusi don dari kaki gunung ledang
22:13ditemani oleh dua penjaga saya harimau hari ini.
22:15Dengkis dan juga tepuk. Jasmine.
22:18Baiklah, itu dia tadi Luqman Haris. Seperti yang anda tahu, Luqman pun
22:21katakan tadi anda boleh dapatkan semua keputusan rasmi dan keputusan
22:24tidak rasmi di astroawani.com dan juga di pru.astroawani.com
22:29slash prnjohor2026. Anda boleh terus saja ke situ kerana banyak
22:34perkembangan yang kami kongsikan di sana. Kita beralih kepada laporan
22:37seterusnya di mana isu perletakkan jawatan beberapa ahli majlis
22:40pimpinan tertinggi atau MPT Bersatu akan diselesaikan secara
22:45dalaman parti. Pengurusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
22:48beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung perkembangan itu
22:51sebelum sebarang tindakan atau keputusan dibuat.
23:06Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai mengundi
23:10di Sekolah Mendengah Kebangsaan Sri Muar. Katanya isu perletakkan
23:14jawatan beberapa ahli MPT Bersatu termasuk Menteri Besar Perlis
23:18Abu Bakar Hamzah akan diteliti terlebih dahulu. Menurutnya perkara itu
23:22membabitkan urusan dalaman parti dan tidak wajar dibincangkan
23:26secara terbuka.
23:30bekas ahli majlis kerja tertinggi MKT UMNO, Isham Jalil jisahkan
23:34menyertai PAS selepas mengisi borang keahlian dan mendaftar sebagai
23:38ahli parti seumur hidup parti itu. Perkara itu dikongsikan ketua pemuda
23:43PAS Lango yang juga yang dipetua PAS Syak Alam, Muhammad Syukri Omar.
23:48Menurut Muhammad Syukri, beliau menerima mesej WhatsApp daripada Isham
23:52pada Jumat malam yang memaklumkan mengenai penyertaannya ke dalam parti itu.
23:58Jelasnya lagi keputusan Isham itu lahir daripada keyakinan beliau untuk
24:02memilih PAS sebagai wadah sisiyah dalam memperjuangkan serta
24:06mempertahankan agama, bangsa dan negara. Tambah Muhammad Syukri PAS
24:11sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ikhlas untuk berbakti dan menyumbang kepada
24:16perjuangan parti. Legas beliau perjuangan PAS dibina bukan atas
24:21dasar kepentingan pribadi, sebaliknya berteraskan akidah, prinsip dan
24:26tagungjawab memimpin masyarakat dengan nilai Islam.
24:29Muhammad Syukri mendoakan agar Isham serta seluruh anggota PAD
24:34dikurniakan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah untuk terus memikul
24:38amanah perjuangan, mempertahankan Islam, memperkukuh perpaduan umah
24:43dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.
24:48Terima kasih kerana kita akan kembali semula selepas ini.
25:13Bila bertemu kembali, lebih banyak laporan yang akan kami kongsikan sebentar saja tadi
25:16dan sepanjang hari, pelbagai informasi yang telah kami kongsikan juga di astroawani.com
25:22dan juga anda boleh dapatkan keputusan rasmi dan tidak rasmi di pru.astroawani.com
25:26di sana ada segalanya juga keputusan-keputusan yang akan dikongsikan oleh kawan saya
25:32dan rakan saya yang berada di set AR Luqman Haris.
25:35Ada satu keputusan tidak rasmi.
25:37kalau tidak silap saya mungkin Luqman boleh cerahkan kepada mereka yang sedang menunggu di rumah.
25:42Ya, kira-kira 20 kerusi sudah kita kongsikan keputusan tidak rasmi.
25:45Jasmine, sepanjang 3 atau 4 jam yang lepas dan kita ada terima satu lagi keputusan tidak rasmi
25:50untuk kali ini kerusi N27 layang-layang yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru
25:56antara calon barisan nasional, PH dan juga perikatan nasional
25:59dan setakat ini calon barisan nasional mendahului dengan majoriti yang agak meyakinkan, agak sihat
26:053,819 undi dikumpul oleh calon BN Chua Jian Bun
26:09meninggalkan calon Guna Malakrishnan yang mewakili Pakatan Harapan yang memperoleh 1010 undi
26:151,010 undi dan di tempat terakhir calon perikatan nasional Abdul Muttalib Abdul Rahim
26:21masih lagi belum memecahkan barrier 4 angka itu masih kekal di 3 angka
26:25693 undi dan kerusi layang-layang ini Jasmine adalah kerusi yang dianggap kubu barisan nasional
26:32kerana ia dimenangi oleh barisan nasional dari 2 PRN yang lepas
26:36PRN 2018 dan PRN 2022
26:38sedikit trivia menarik di layang-layang pada tahun 2018
26:41PRNnya ketika itu kerusi ini dimenangi oleh Dato' On Hafiz Ghazi
26:45sekarang ini Menteri Besar Johor yang sudah tentu sudah beralih ke kerusi macap
26:51untuk PRN 2026 ini tetapi BN memenangi kerusi itu pada tahun 2018 dengan On Hafiz
26:57dengan majoriti yang sangat tipis 364 pada ketika itu
27:01kemudian berjaya dikekalkan BN pada PRN yang lepas 2022
27:04dengan majoriti yang lebih meyakinkan iaitu kira-kira 2,800 undi
27:09dan kali ini calon yang bertanding pada PRN 2022 di bawah panji BN dan menang Abdul Muttalib
27:15bertanding di bawah tiket PN jadi beliau berada di tempat terakhir selepas melompat parti
27:22tapi masa lagi kita nampak awal setakat jam 8-7 minit malam
27:24BN mendahului dan nampaknya berada di ladasan yang betul
27:28untuk mengekalkan kerusi lain layang untuk sekurang-kurangnya penggal ketiga
27:33lebih banyak lagi putusan selepas ini kembali dulu kepada Jasmin
27:35Baiklah terima kasih Luqman sudah tentu ini bukan kali terakhir kita akan bersama Luqman
27:39kita juga akan bawakan sedikit perkongsian daripada Johor di Ibu Pejabat UMNO Johor
27:45ini adalah visual yang anda saksikan adalah langsung di Ibu Pejabat UMNO Johor
27:51rakan setugas saya Fidaus Azir berada di sana bersama juru kamera Fitri
27:56untuk membawakan kepada anda perkembangan terkini itulah suasananya pada ketika ini
28:01itu dah tentunya panas mereka juga kongsikan di lapangan keputusan-keputusan
28:06yang telah disahkan ataupun tidak disahkan rasmi atau tidak rasmi
28:11di layar besar di Ibu Pejabat UMNO Johor
28:16mungkin kita akan dapatkan perkembangan terkini daripada Fidaus Azir
28:18di lokasi dari masa ke masa
28:21sebelum itu kita beralih kepada laporan ini terlebih dahulu
28:23di mana polis telah menerima 90 laporan melibatkan pelbagai kesalahan
28:27sepanjang tempoh berkempen pilihan raya negeri Johor PRN Johor ke-16
28:32Ketua Polis Negara Tan Sri Muhammad Khalid Ismail berkata
28:35daripada jumlah itu 25 kertas siasatan dibuka
28:38kebanyakannya melibatkan kesalahan kecil
28:41seperti tindakan mencabut atau merusakkan bendera
28:44serta perkara berkaitan pilihan raya
28:47jelasnya beliau yakin kes-kes berkenaan
28:50tidak akan menimbulkan keresahan atau ketegangan
28:53dalam kalangan pengundi dan petugas pilihan raya
28:56Beliau berkata demikian ketika meninjau proses pengundian
28:59di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mole
29:02Muhammad Khalid turut memaklumkan
29:04seramai 5,600 anggota dan pegawai polis dari luar Johor
29:09digerakkan bagi membantu operasi keselamatan
29:11menjadikan jumlah keseluruhan anggota bertugas
29:14seramai 14,000 orang
29:16Pasukan itu bertanggungjawab memastikan keselamatan
29:20kelancaran proses pengundian serta kawalan lalu lintas
29:23di semua pusat mengundi
29:25Beliau menegaskan setakat ini
29:27keadaan di semua lokasi
29:28berjalan dengan baik dan lancar
29:30manakala PDRM akan terus memastikan
29:33keamanan serta ketentraman awam terpelihara
29:40England atau Norway ada data menarik pertembungan ini
29:44kita akan kongsikan sebentar sahaja lagi
30:03England atau Norway
30:05England julang trofi atau Norway yang cipta sejarah
30:08satu lagi pertembungan epik dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2026
30:13Jika semalam rakan tugas Farhan Hakimi dengan hebatnya
30:15memberi analisis pra perlawanan Spanyol dan Belgium
30:18untuk perlawanan England dan Norway ini bagaimana pula Farhan
30:22adakah akhirnya it's coming home untuk England atau Viking Road Norway
30:26akan terus bergema di Piala Dunia
30:29take it away Farhan
30:32Baik Jasmin
30:34dua pasukan telah sah mara ke separuh akhir Piala Dunia 2026
30:39Perancis dan Spanyol
30:41dua kuasa besar bola sepak Eropah
30:43dan awal pagi esok
30:44satu lagi kuasa besar bola sepak Eropah
30:46akan mengetahui nasib mereka
30:48sama ada mara ke separuh akhir
30:50ataupun pulang ke rumah
30:52England akan menentang Norway
30:54sebelum itu
30:55mari kita teliti rekod prestasi kedua-dua pasukan
30:58kalau kita lihat
30:58England berada di kedudukan lebih tinggi dalam ranking dunia FIFA
31:02berbanding Norway
31:03kalau kita lihat England
31:04mempunyai 1,871.39 mata
31:08di ranking keempat dunia
31:09madakala Norway dengan 1,651.29 mata
31:14di ranking ke-19 dunia
31:17perbezaan mata ranking FIFA antara kedua-dua pasukan ialah
31:20220.10 mata
31:23memihak kepada England
31:24dan England kalau kita lihat
31:26mempunyai rekod lebih baik di Piala Dunia FIFA
31:27kerana mereka pernah menjuarai Piala Dunia FIFA sekali
31:30iaitu pada
31:321966
31:32manakala Norway masih belum pernah memenangi Piala Dunia FIFA
31:37kalau kita lihat
31:38rekod pertemuan kedua-dua pasukan
31:40kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak dua kali
31:43dengan kedua-dua pelawanan
31:44memihak kepada
31:46kemenangan England
31:47namun perlu ditegaskan di sini bahawa
31:49kedua-dua pelawanan itu berlangsung lebih
31:5110 tahun lalu
31:52dengan yang paling terkini ialah pada
31:54September 2014
31:56dan dalam tempoh ini
31:58bola sepak Norway telah banyak berkembang
32:00bakat-bakat luar biasa terus dilahirkan
32:03seperti Erling Hallad
32:04Martin Odegaard
32:05Sander Bega
32:07dan Jens Peter Hodge
32:08jadi sukar untuk mengukur pelawanan ini
32:11berdasarkan pertemuan sebelum ini
32:12skuad England juga terus berkembang
32:14daripada generasi kepada generasi
32:16muncul bakat-bakat yang terus
32:18menampu nama
32:19Harry Kane
32:20Jude Bellingham
32:21Bukayo Saka
32:23Declan Rice
32:24antara nama yang memikul tugas
32:26memastikan kecemerlangan England
32:28dalam tempoh 5-6 tahun
32:30kebelakangan ini
32:31jadi apapun boleh berlaku dalam 90 minit permainan
32:33dengan potensi menang
32:35kedua-dua pasukan
32:36dilihat
32:37seimbang
32:38pertembungan antara England dan Norway ini
32:40bukan sahaja menentukan
32:41negara mana lebih hebat
32:42tetapi pada masa sama juga menampilkan
32:44perseteruan
32:45dua penyerang terbaik di dunia
32:48ketika ini
32:48antara
32:49Harry Kane
32:50ataupun
32:51Erling Broad
32:53Halan
32:55siapa penyerang terbaik dunia
32:56Halan kalau kita lihat
32:57telah menjaringkan 58 gol
32:59dalam semua kejohanan
33:00sepanjang musim
33:002025-2026
33:02manakala
33:03Harry Kane pula
33:04menjaringkan 73 gol
33:06dalam semua kejohanan
33:07rekod yang dicemburui
33:09penyerang-penyerang
33:10antarabangsa lain
33:11dan kedua-dua pemain ini
33:12akan menjadi penentu kepada
33:13kebaraan pasukan mereka
33:14keseparuh akhir
33:16Kane akan dibantu
33:17bintang Real Madrid
33:18Bellingham
33:19selain disokong
33:20dua bintang Arsenal
33:20Saka serta Rice
33:22yang masih segar
33:23dengan kemenangan
33:23Liga Perdana Inggeris
33:24Halan pula disokong oleh
33:26Out of Guard
33:26Captain Arsenal
33:27merupakan antara
33:28playmaker terbaik ketika ini
33:29di bahagian sayap
33:30Halan
33:31akan menerima
33:34hantaran lintang
33:35daripada Antonio Nusa
33:36yang mempunyai
33:37kelajuan luar biasa
33:38sudah tentu
33:39pertemukan ini
33:40akan menjadi sangat menarik
33:41bagi bukan sahaja
33:41peminat kedua-dua pasukan
33:43Allah peminat bola
33:44sepak secara umumnya
33:45untuk rekod
33:46dalam lima perlawanan
33:47piala dunia ini
33:48Norway telah mencaringkan
33:4910 gol
33:50tetapi turut bolos
33:5110 gol
33:51mempunyai maksud
33:53pertahanan Norway
33:53rapuh untuk berhadapan
33:55dengan Kane
33:57England pula
33:58telah mencaringkan
33:5911 gol
34:00manakala 6 gol
34:01dilepaskan
34:01bukan rekod pertahanan
34:02yang baik
34:03mengambil mereka
34:03akan berhadapan
34:04dengan seorang penyerang tulen
34:06yang sudah biasa
34:07dengan corak
34:07bola sepak Inggeris
34:08apa-apa pun
34:09seperti saya katakan tadi
34:10ini merupakan
34:10perlawanan suku akhir
34:11yang sangat menarik
34:12malah tidak keterlaluan
34:13untuk saya katakan
34:14ini yang paling
34:16menarik antara semua
34:17pertemuan suku akhir
34:18pada edisi
34:19Piala Dunia kali ini
34:19siapa yang akan menang
34:20dan menominasi
34:21suku akhir ini
34:22England atau Norway
34:23Kane atau Haaland
34:24Odegaard atau Bellingham
34:26sama-sama
34:27kita nantikan
34:28awal pagi esok
34:30Jasmine
34:30ok lah saya nak tanya
34:31Farhan dulu
34:32tidak boleh
34:32tunggu pagi esok
34:33saya nak tanya
34:33England atau Norway
34:34Farhan
34:36soalan yang menarik
34:38saya akan pilih
34:39Norway kerana saya
34:40yakin dengan
34:41kemampuan Erling Haaland
34:42dan saya yakin
34:44mungkin
34:45skornya adalah
34:462-1
34:46wow dia dah ada skor terus
34:48kalau saya gitu
34:49semangat kesukanan
34:50saya ambil England lah
34:51Farhan
34:51terima kasih atas
34:52analisis Farhan
34:53dua hari berturut-turut
34:54Farhan berkongsikan
34:55mengenai
34:56Piala Dunia 2026
34:57baiklah dengan itu
34:58sekian sahaja
34:59Awani 745
35:00dan Sinar Awani
35:02untuk malam ini
35:02teruskan bersama kami
35:03kerana selepas ini
35:05pelbagai yang akan kami
35:06kongsikan dalam
35:06Johor memilih
35:07bersama rakan saya
35:09Zufitri Yusof
35:10dan juga Esan Yaya
35:11bersama panel-panel
35:12yang hebat
35:13untuk menyaksikan
35:14apakah pilihan
35:16rakyat Johor
35:17pada hari ini
35:18saya Jasmine Wabakar
35:19Assalamualaikum
35:19kita jumpa lagi
35:20selamat menikmati
Comments

Recommended