00:00Menteri Luar Iran Abbasarakci tiba di Oman pada Sabtu bagi mengadakan rundingan pengaturan laluan selamat melibatkan kapal yang melalui Selat
00:08Hormuz.
00:09Perbincangan itu berlangsung ketika Amerika Syarikat meningkatkan tekanan terhadap Tehran supaya memberi jaminan untuk menghentikan serangan ke atas kapal di
00:18Selat Hormuz,
00:19selain membuka laluan perkapalan tanpa sebarang caj.
00:24Menurut pegawai kanan Amerika Syarikat pada Jumaat, Washington mahu Iran mengisytiharkan komitmen tersebut sebagai syarat penting bagi menjamin kebebasan pelayaran
00:34di laluan strategik berkenaan.
00:36Pada 8 Julai, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan Memorandum Persefahaman atau MOU antara Washington dengan Tehran ditamatkan.
00:46Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Amerika Syarikat melancarkan gelombang serangan udara baharu ke atas Iran.
00:53Selain menarik balik kelonggaran sekatan yang sebelum ini membenarkan Tehran menjual minyak di pasaran antarabangsa,
01:01difahamkan langkah Washington itu diambil sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas tiga kapal perdagangan di Selat Hormuz.
Comments