00:00Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Gemas, Rizwan Ahmad, umum letak jawatan sebagai ketua bahagian parti bersatu bahagian tampin, sekaligus
00:08keluar daripada parti itu berkuat kuasa Sabtu.
00:11Rizwan dalam kenyataan berkata keputusan dibuat selepas pertimbangan yang panjang, penelitian mendalam serta muhasabah terhadap perkembangan politik semasa di Negeri
00:20Sembilan.
00:20Katanya beliau percaya langkah itu selaras dengan prinsip dan pendiriannya untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat, khususnya pengundi di Dun Gemas,
00:30dalam suasana dinamika politik negeri yang semakin mencabar.
00:34Ujahnya lagi sepanjang penglibatan beliau dalam bersatu, beliau telah berusaha sebaik mungkin memperjuangkan suara rakyat gemas dan Negeri Sembilan.
00:42Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Presiden dan seluruh kepimpinan serta ahli yang bersama-sama melalui pelbagai cabaran.
00:49Rizwan berkata beliau akan terus komited, berkhidmat kepada rakyat gemas dan yakin,
00:55landscape politik negeri memerlukan pendekatan lebih matang, stabil dan berfokuskan kesejahteraan rakyat melebihi kepentingan parti.
Comments