00:00Sekurang-kurangnya 36 cedera dan lebih 14,000 penduduk dipindahkan susulan Taufan Bavi yang melanda Timur Laut Taiwan awal pagi
00:09Sabtu.
00:10Pihak berkuasa Taiwan memaklumkan lebih 14,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat, susulan risiko banjir dan tanah runtuh.
00:21Taufan itu turut menyebabkan gangguan penerbangan serta penangguhan aktiviti harian di kebanyakan kawasan di pulau berkenaan.
00:28Setakat ini, 36 orang dilaporkan cedera akibat kesan Taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat.
00:36Beberapa penerbangan di Taipei dan Taichung turut dibatalkan manakala operasi kerja dan sesi persekolahan ditangguhkan di kebanyakan kawasan.
00:46Laporan awal turut menunjukkan berlaku gangguan bekalan elektrik dan kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi.
00:52Pihak meteorologi memaklumkan pusat Taufan berada kira-kira 360 km di tenggara Taipei dan bergerak ke arah barat laut pada
01:01kelajuan 27 km sejam.
01:04Hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan sepanjang hari terutama di kawasan pergunungan utara Taichung dan beberapa lokasi lain.
01:12Pihak berkuasa menjangkakan keadaan cuaca akan beransur pulih mulai ahad selepas Taufan bergerak menjauhi pulau itu.
Comments