00:00Bertemu kembali, Taufan Kuat melanda wilayah Okinawa di selatan Jepun pada Sabtu
00:05membawa angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan beberapa penduduk cedera.
00:10Agensi Meteorologi Jepun laporkan Taufan Bavi membawa angin kencang berkelajuan sehingga
00:17144 km sejam merentasi Pulau Miyako di Okinawa.
00:23Berdurut kerajaan wilayah berkenaan, setakat Sabtu, 5 orang dilaporkan cedera ringan
00:28akibat angin kencang dan ombak besar.
00:30Syarikat penerbangan tempatan juga melaporkan pembatalan penerbangan ke Dandari Okinawa
00:36serta wilayah Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun.
00:42Taufan ke-9 bagi musim ini telah bergerak meninggalkan Jepun.
00:53Sementara itu, Taufan Sama melanda timur laut Taiwan awal pagi Sabtu
00:58mengakibatkan pembatalan penerbangan di Taipei dan Taichung
01:02serta penangguhan kerja dan kelas di kebanyakan kawasan di seluruh pulau itu.
01:07Laporan menyebut angin dan hujan semakin kuat di seluruh Taiwan
01:11dengan laporan kerosakan termasuk bekalan elektrik terputus dan tanah runtuh.
01:17Pihak berkuasa cuaca berkata pusat Taufan itu terletak di atas perairan
01:21kira-kira 360km Tenggara Taipei
01:24bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 27km sejam.
01:30Hujan lebat akan berterusan sepanjang hari dengan ramalan hujan yang sangat lebat
01:34untuk kawasan pergunungan di utara Taichung dan angin kencang di banyak kawasan.
01:39Menurut pegawai meteorologi, hujan dijangka berterusan hingga malam
01:44di kawasan pergunungan di tengah dan selatan Taiwan
01:47sambil menambah pada ahad hujan di seluruh pulau itu akan beransur reda.
Comments