00:00Pemain naturalisasi Mohamadu Sumareh kembali mendapat kepercayaan skuad kebangsaan
00:06selepas dimasukkan dalam senarai 26 pemain yang dipanggil Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya Tan Cheng Ho
00:14ke Kem Latihan Pusat menjelang Kejohanan Piala ASEAN 2016 bulan ini.
00:19Selain Sumareh, Cheng Ho turut mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman
00:23termasuk tiga lagi pemain naturalisasi.
00:27Ia termasuk Paulo Hozue, Sergio Aguero dan Enric Dos Santos dalam skuad yang dibentuk
00:33ketika beliau berdepan kekangan mendapatkan pelepasan pemain daripada kelab.
00:38Barisan kali ini turut menyaksikan beberapa pemain muda dan wajah baharu diberikan peluang
00:43antaranya Pavitran Gunalan, Faris Danish Asrul, Hazik Aiman Esa, Ziyad El Bashir Nur Isham
00:51serta Ubaidullah Syamsul Fazili.
00:53Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan
00:58barisan pemain kali ini dipilih selepas penilaian dan penelitian panjang dibuat, Cheng Ho.
01:05Kesemua pemain akan melapur diri bagi Kem Latihan Pusat bermula rabu ini
01:09dengan hanya 8 hari tersedia untuk Cheng Ho membentuk keserasian pasukan
01:13sebelum berlepas ke Yangon, Myanmar pada 23 Julai.
01:17Harimau Malaya akan membuka kempen kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Tuuna pada 25 Julai
01:23sebelum berdepan Laos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Ceras pada 28 Julai,
01:28Thailand di Stadium Raja Manggala Bangkok pada 1 Ogos dan Filipina di Ceras pada 8 Ogos.
01:342 pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir secara timbal balik pada pertengahan Ogos
01:40manakala final dijadualkan berlangsung pada 22 dan 26 Ogos.
Comments