00:00Seolah-olah babak dalam film bencana Twista, satu puting beliung membadai kawasan sawah padi di jalan tali air 4 Skincan,
00:08Selangor pada pagi Sabtu.
00:10Exko pelancongan dan kerajaan tempatan Selangor, Dato' Eng Sulim berkata berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku antara 3 hingga 4 minit,
00:17namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan.
00:25Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 11.40 pagi di tengah sawah padi dan berdekatan terminal Skincan.
00:32Ahli Dewan Undangan Negeri Adun, Skincan itu menzahirkan rasa syukur kerana tiada kerosakan berlaku.
00:38Sebagai rekod, fenomena puting beliung boleh tercetus apabila udara panas dan lembab berhampiran permukaan bumi naik dengan pantas.
00:45Ia kemudian bertembung dengan udara yang lebih sejuk di altitude tinggi, lalu menghasilkan arus menarik yang sangat kuat.
00:53Jika keadaan sesuai, pusaran angin boleh terbentuk secara memanjang sehingga menyentuh permukaan bumi.
00:58Kawasan sawah yang luas dan rata menjadi resipi lengkap untuk kejadian puting beliung sedemikian berlaku.
Comments