Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru rakyat agar mengetepikan perbezaan politik dan kembali memperkukuh perpaduan sebaik sahaja proses pengundian serta keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dimuktamadkan.
Transcript
00:00Walau ahli Parlimen MUA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru rakyat agar mengetepikan perbezaan politik dan kembali memperkukuhkan perpaduan sebaik
00:08sahaja proses pengundian serta keputusan pilihan raya negeri Johor, PRN Johor dimuktamadkan.
00:13Beliau berkata perbezaan pandangan politik dan juga ideologi merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi, namun tidak seharusnya menjadi punca perpecahan
00:22dalam kalangan rakyat.
00:25Beliau berkata Malaysia mempunyai kira-kira 35 juta penduduk iaitu sebahagian kecil daripada populasi dunia.
00:32Justru rakyat perlu memberi tumpuan kepada pelbagai cabaran yang perlu dihadapi secara bersama sebagai sebuah negara.
00:40Menurutnya perbezaan pendapat adalah lumrah dalam demokrasi dan tidak seharusnya menghalang usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
00:48Said Sadiq berkata rakyat Malaysia masih berdepan pelbagai cabaran yang memerlukan kerjasama serta kesepakatan semua pihak tanpa mengira latar belakang
00:57politik.
00:5830 Jun lalu, Said Sadiq memaklumkan tidak akan menyertai kempen muda sempena PRN Johor untuk fokus membersihkan namanya di mahkamah.
01:07Katanya beliau perlu menunggu dua minggu lagi selepas mahkamah persekutuan menangguhkan keputusan rayuan pihak pendawaan terhadap pembebasannya.
01:15Mahkamah persekutuan menangguhkan keputusan rayuan akhir pendawaan terhadap Said Sadiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan
01:25serta denda RM10 juta kepada 13 Julai ini.
01:29Terima kasih.
01:30Terima kasih.
Comments

Recommended