00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu BBB memaklumkan operasi bantuan kemanusiaan di Gaza terus berdepan pelbagai kekangan termasuk isu keselamatan, sekatan akses
00:10dan kekurangan dana.
00:12Jurujakat PBB, Stefan Dujarik berkata keadaan itu menyukarkan usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat konflik berterusan.
00:24Memetik maklumat daripada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB OCHA, beliau menegaskan orang awam serta infrastruktur awam mesti dilindungi selaras
00:35dengan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
00:37Menurut Dujarik, rakan kemanusiaan PBB minggu lalu membantu lebih 970 keluarga yang terjejas akibat 11 insiden berasingan di seluruh Gaza.
00:47Insiden tersebut termasuk serangan udara, perpindahan penduduk akibat aktiviti ketenteraan, sekatan pergerakan berhampiran kawasan dikenali sebagai garisan kuning, kebakaran di
00:57pusat pelindungan dan banjir kumbahan.
01:00Beliau berkata PBB dan rakan kemanusiaannya turut terus menyokong penduduk yang berdepan perpindahan melarutan akibat konflik.
01:08Menurut PBB, hampir keseluruhan daripada 2.1 juta penduduk Gaza kini terjejas oleh perpindahan berulang sejak konflik tercetus.
01:17.
Comments