Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Amerika Syarikat dilapor menangguhkan serangan baharu terhadap Iran bagi memberi ruang kepada usaha diplomasi meredakan ketegangan antara kedua-dua negara.

Washington bagaimanapun kekal bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan memerlukan.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dilapor menangguhkan serangan baru terhadap Iran bagi memberi ruang kepada usaha diplomasi antara kedua-dua negara.
00:08Menurut media tempatan, Washington ketika ini memilih untuk mengutamakan rundingan meskipun keupayaan ketenteraan kekal berada pada tahap bersedia.
00:17Langkah menangguhkan serangan itu dilakukan bagi mengelakkan konflik daripada terus memuncak serta memberi peluang kepada proses rundingan damai.
00:26Bagaimanapun, Washington masih mengekalkan senarai sasaran sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Teheran.
00:33Washington juga memaklumkan barisan ketenteraan Amerika kekal bersedia melancarkan serangan sekiranya diperlukan.
00:40Kru penerbangan di atas kapal induk USS Abraham Lincoln di Laut Arab juga dilaporkan terus menjalani latihan dan meningkatkan tahap
00:49kesiapsagaan sebagai langkah berjaga-jaga.
00:51Washington juga menafikan dawaan bahawa serangan baru telah dilancarkan ke atas Iran.
Comments

Recommended