Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) menyemak semula peraturan secara berkala bagi memastikan peraturan lapuk tidak terus dibiarkan membebankan rakyat dan melambatkan urusan pembangunan.
Transcript
00:00Ketua Setiausaha Negara KSN, Tan Sri Syamsul Azri Abubakar, mahu pihak berkuasa tempatan PBT menyemak semula percaturan secara berkala bagi
00:10memastikan peraturan lapuk tidak terus dibiarkan membebankan rakyat dan melambatkan urusan pembangunan.
00:16Beliau berkata PBT perlu menyemak semula peraturan berkenaan secara berkala termasuk setiap tiga tahun menyeragamkan proses kerja dan tempoh kelulusan
00:25di bawah Akta Iltizam serta mempercepat pendigitalan perkhidmatan.
00:31Syamsul Azri berkata, perkara itu ditekankan beliau pada sesi libat urus pemantapan penyeragaman proses dan prosedur kelulusan pembangunan anjuran Kementerian
00:42Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT
00:44bersama Datuk Bandar dan Pegawai PBT di Petrajaya pada Jumaat.
00:48Beliau turut menekankan supaya unit komunikasi korporat PBT tidak sekadar menghebahkan program tetapi benar-benar membantu rakyat memahami dan menggunakan
00:58perkhidmatan yang tersedia.
01:00Pada masa sama, beliau mahu portal rasmi setiap PBT menjadi lebih interaktif, mudah dilayari dan mesra pelanggan.
01:08Syamsul Azri berkata, reformasi hanya bermakna apabila rakyat dapat merasai urusan yang lebih mudah, cepat dan telus.
Comments

Recommended