Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 1,000 warga asing menerusi Ops Mega di sekitar Hentian Klang dalam usaha membanteras kehadiran pendatang tanpa izin serta mengesan pelbagai kesalahan imigresen dan aktiviti menyalahi undang-undang.
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap lebih seribu warga asing menerusi Ops Mega di sekitar hentian Kelang pada Ahad.
00:08Operasi bersepadu itu dilaksanakan bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin dan mengesan pelbagai kesalahan imigresen.
00:17Pemeriksaan mengejut yang bermula pukul 12.30 menyasarkan lot kedai, permis perniagaan dan hostel yang dikenal pasti menjadi tumpuan komuniti
00:25warga asing di daerah Kelang.
00:27Pasukan Penguat Kuasa meneliti status dokumen perjalanan setiap individu bagi mengesan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959-63 termasuk kes
00:38tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen sah.
00:41Operasi itu telah memberi tumpuan kepada kemungkinan penglibatan majikan atau pihak tertentu yang melindungi pendatang tanpa izin.
00:49Antara warga asing yang diperiksa melibatkan warga negara Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan Indonesia.
00:55Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut menemukan bukti aktiviti menyalahi undang-undang termasuk aktiviti tidak bermoral serta penjualan barangan terlarang
01:04di beberapa permis yang diperiksa.
01:07Ops Mega itu melibatkan 250 pegawai dan anggota penguatkuasa hasil kerjasama antara Imigresen Putrajaya dan Selangor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta
01:17Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sari Hidup Selangor.
01:20Semua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut manakala perincian penuh operasi akan dimaklumkan oleh Ketua
01:28Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Syaraban pada Isnin.
Comments

Recommended