00:00Rakyat Malaysia yang berada di Qatar dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan pihak perkuasaan tempatan, susulan serangan baharu AS dan
00:10Iran.
00:11Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan rakyat Malaysia supaya terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan
00:21pihak perkuasaan Qatar.
00:24Dalam notis yang dimuat naik di Facebook rasminya, Kedutaan Besar Malaysia di Doha menyarankan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat terkini daripada
00:33sumber rasmi.
00:34Kedutaan turut mengingatkan mereka yang akan melakukan perjalanan dari atau melalui Qatar supaya menyemak jadual penerbangan terkini bagi mengelakkan sebarang
00:44kesulitan.
00:44Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam Kedutaan Besar Malaysia di Doha.
00:52Sementara itu, konflik Amerika dan Iran terus meningkat apabila tentera AS melancarkan serangan terbaharu terhadap Iran selepas tentera Iran didakwa
01:03melepaskan tembakan ke arah kapal yang melalui selak hormus.
01:07Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran turut mengumumkan penutupan selak hormus sehingga diberitahu kelak sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap laluan perdagangan tenaga
01:17global.
01:18Sebelum ini, AS dan Iran menandatangani Memoran dan Persefahaman yang diperantarakan Pakistan bagi menamatkan konflik serta membuka jalan ke arah
01:28perjanjian damai.
01:29Namun, kedua-dua pihak kemudiannya kembali berbalas serangan berkaitan isu keselamatan dan laluan perkapalan di selak hormus.
Comments