Skip to playerSkip to main content
"Setiap Sabtu dan Ahad memang mereka ramai, semua kedai mereka sapu."

Itu gambaran situasi di sekitar 'bus stand Klang' yang dipenuhi lambakan warga asing hingga mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk dan peniaga tempatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787504/berita/semasa/bus-stand-klang-lubuk-warga-asing-kena-pukat

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #Klang
Transcript
00:00Setiap Sabtu dan Ahad, memang mereka ramai.
00:03Semua kedai mereka sapu.
00:04Itu gambaran situasi di sekitar Bas Ten Kelang
00:08yang dipenuhi lambakan warga asing
00:10hingga mencetuskan keresahan penduduk dan peniaga tempatan.
00:15Bagaimanapun keadaan bertukar kecoh
00:17selepas kawasan berkenaan di Serbu Jabatan Imigresen Selangor
00:21dengan kerjasama Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Negeri
00:25selain agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
00:29dan Kos Sarah Hidup, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
00:32serta Jabatan Pendaftaran Negara.
00:35Sinar harian yang menyertai operasi terbabit
00:38mendabati rata-rata premis perniagaan
00:41seperti makanan, pakaian, aksesori telefon dan emas
00:44dipercayai diusahakan warga asing.
00:47Malah sebuah premis hotel turut disyaki menjadi
00:51lokasi kegiatan tidak bermoral membabitkan warga asing
00:55selepas pemeriksaan menemukan kondom dan gel pelincir.
00:59Bukan itu sahaja, kawasan berkenaan turut dicemari
01:02bau kurang menyenangkan apabila sekurang-kurangnya
01:05dua premis dipercayai dijadikan tempat
01:08memotong daging lembu.
01:10Lebih mengejutkan, pemeriksaan di sebuah gerai
01:12menjual sirih menemukan bahan disyaki dadah
01:15jenis syabu yang disorokkan dalam lipatan
01:18wang kertas RM1.
01:20Sementara itu, seorang peniaga tempatan yang enggan
01:24dikenali berkata keadaan di kawasan berkenaan
01:27berubah seperti kampung halaman mereka pada hujung minggu.
01:30Difahamkan kesemua individu yang ditahan
01:33dibawa ke Pejabat Imigresen Selangor
01:35bagi proses dokumentasi untuk siasatan
01:38mengikut Akta Imigresen 1959-63.
Comments

Recommended