Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menaik taraf kemudahan awam dan jalan perhubungan desa di Sungai Rambai, Melaka, selain terus memperkasa Festival D’Bendang sebagai produk agropelancongan utama negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW memperuntukkan lebih 1.911 juta ringgit bagi menaik taraf kemudahan awam dan jalan perhubungan
00:10desa di Sungai Rambai Melaka sejak 2021.
00:14Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, usaha itu bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar serta
00:22merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
00:25Katanya sekitar 1 juta ringgit diperuntukkan untuk 11 projek di bawah program ameniti sosial bagi menaik taraf kemudahan awam di
00:34kawasan berkenaan.
00:35Menurut beliau, program itu selari dengan usaha kerajaan membentuk persekitaran desa yang lebih kondusif dan berdaya huni.
00:43Dalam masa sama, sebanyak 13 projek jalan perhubungan desa telah dilaksanakan dengan peruntukan RM910,000 bagi meningkatkan kesaling hubungan dan
00:53melancarkan urusan harian penduduk.
00:56Beliau berucap pada majlis penutupan festival di Bendang Melaka yang turut dihadiri pemimpin negeri dan wakil rakyat tempatan.
01:04Rubiah berkata festival di Bendang akan terus diperkasakan sebagai produk agro pelancongan perdana yang menunjukkan keunikan lanskap sawah padi dan
01:14warisan budaya desa.
01:15Festival yang memasuki edisi keempat itu kini menjadi platform yang menggabungkan pembangunan ekonomi desa, pelancongan, seni budaya dan pelibatan komuniti.
01:25Lebih 60 usahawan tempatan turut menyertai festival itu dengan memasarkan produk IKS, kraft tangan dan hasil pertanian.
01:34Menurut beliau, festival tersebut selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 dan berupaya mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai destinasi agro pelancongan
01:45negara.
Comments

Recommended