Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Senator Republikan Amerika Syarikat Lindsey Graham meninggal dunia pada usia 71 tahun selepas mengalami penyakit singkat dan mengejut, menurut kenyataan pejabatnya. Pemergian beliau menamatkan lebih dua dekad perkhidmatan sebagai senator dari South Carolina.
Transcript
00:00Senator Republikan terkemuka Amerika Syarikat, Lindsay Graham, meninggal dunia pada usia 71 tahun selepas mengalami penyakit singkat dan mengejut.
00:10Menerusi hantaran DX, pejabat Graham mengesahkan beliau meninggal dunia pada petang Sabtu dan meminta privisi buat keluarganya dalam tempoh berduka.
00:21Pemergian beliau menamatkan karya politik yang menjangkau lebih tiga dekad di Kongres Amerika Syarikat.
00:26Graham merupakan Senator Republikan dari South Carolina sejak 2002 dan sebelum itu berkhidmat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sejak 1994.
00:37Pada peringkat awal kemunculan Donald Trump dalam politik nasional, Graham dikenali sebagai pengkritik tega Presiden itu namun kemudiannya menjadi antara
00:45sekutu paling rapat Trump di Capitol Hill.
00:48Beliau juga dikenali sebagai penyokong kuat dasar pertahanan dan keselamatan negara serta aktif dalam isu-isu dasar luar melibatkan Ukraine,
00:58Rusia dan Timur Tengah.
01:00Sepanjang kerjanya, beliau pernah berkhidmat dalam beberapa jawatan kuasa penting senat termasuk jawatan kuasa kehakiman, peruntukan dan belanjawan.
01:08Ucapan turut dizahirkan oleh pemimpin politik AS dan antarabangsa yang menyifatkan beliau sebagai tokoh berpengaruh dalam politik Washington.
Comments

Recommended