Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kerajaan Perak menegaskan komitmen untuk terus menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada rakyat walaupun sektor perumahan berdepan peningkatan kos bahan binaan, tenaga kerja dan keperluan teknikal.
Transcript
00:00Kerajaan Perak kekal komited menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti dan selamat kepada rakyat
00:05meskipun industri perumahan berdepan tekanan peningkatan kos binaan.
00:10Menteri Besar Perak, Datuk Seri Sarani Muhammad berkata,
00:14usaha menyediakan kediaman pada harga munasabah akan diteruskan
00:17tanpa mengabaikan aspek kualiti dan keselamatan.
00:22Jelasnya cabaran sektor perumahan kini melibatkan peningkatan kos bahan binaan,
00:27tenaga kerja, penyediaan infrastruktur serta pematuhan teknikal.
00:32Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Mazlis Perasmian Projek Perumahan Peraku Astana Cemor.
00:39Projek yang terletak berhampiran Silver Valley Technology Park SVTP di Kantan itu
00:44dibangunkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak LPHP bersama Forte Emerald Sundrian Berhad.
00:51Pembangunan itu merangkumi 184 unit rumah dengan 114 unit di fasa 1 dan 70 unit lagi bagi fasa 2 pada
01:00harga terbuka.
01:02Sarani turut menggesa pemaju hartanah memberi tumpuan kepada kawasan not pertumbuhan negeri
01:07bagi menampung keperluan perumahan susulan perkembangan kawasan industri.
01:12Antara kawasan yang dilihat mempunyai potensi termasuk Tanjung Malim, Lumut, Perak Tengah dan Kerian.
01:19Katanya pembangunan perumahan perlu bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan
01:25serta kemudahan asas bagi memastikan manfaat pembangunan dapat didimati rakyat.
01:31Inisiatif itu selaras dengan keutamaan perumahan dalam pelan perak sejahtera 2030
01:36bagi menyediakan kediaman yang lebih teratur, selesa dan mampu milik.
Comments

Recommended