00:00Barisan Nasional dijangka melepasi ambang majoriti 2 per 3 dalam PRN Johor Kari ini.
00:05Dapatan kajian Ilham Center mendapati kejayaan itu didorong kelebihan sebagai kerajaan negeri,
00:11keberkesanan pentadbiran dan kecenderungan pengundi untuk menilai isu tempatan berbanding sentimen politik di peringkat nasional.
00:21Selain itu, dapatan sama menunjukkan faktor paling dominan yang menyumbang kepada kelebihan ialah pelaksanaan PRN secara berasingan
00:29daripada pilihan raya umum. Ia sekaligus membolehkan pengundi memberi tumpuan kepada prestasi kerajaan negeri,
00:36rekod pentadbiran, kepimpinan Menteri Besar dan pembangunan yang dinikmati secara langsung.
00:42Selain itu, BN turut memperoleh kelebihan menerusi gabungan calon yang lebih dikenali,
00:47jentera pilihan raya yang tersusun serta kempen yang menumpukan kepada kestabilan politik,
00:53kesinambungan pentadbiran dan agenda pembangunan negeri.
00:56Menurut Ilham Center, pengundi Johor juga dilihat lebih cenderung membuat pertimbangan secara pragmatik
01:02dengan mengutamakan kestabilan pentadbiran dan keupayaan kerajaan menyampaikan pembangunan
01:07berbanding dipengaruhi retorik politik atau isu nasional.
01:12Bagaimanapun, kajian itu menegaskan kejayaan strategi Solo BN di Johor
01:17tidak boleh dijadikan ukuran mutlak untuk diterjemahkan di peringkat nasional
01:22kerana setiap negeri mempunyai landscape politik, komposisi demografi dan corak persaingan yang berbeza.
Comments