Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Pertambahan 63 penempatan di Pantai Damai tingkat jumlah penduduk, dorong keperluan kemudahan asas dan infrastruktur, termasuk projek jalan baharu serta naik taraf perparitan bagi kurangkan risiko banjir.
Transcript
00:00Pantai Damai kini mempunyai 63 penempatan termasuk 20 taman perumahan yang telah siap dibina dan didiami sekaligus mencerminkan perkembangan pesat
00:09kawasan itu sebagai antara lokasi penempatan yang semakin berkembang di Kuching.
00:14Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk-Data Abdul Rahman Junaidi berkata pertambahan kawasan perumahan itu menyumbang kepada peningkatan jumlah
00:23penduduk sekaligus memerlukan penyediaan lebih banyak kemudahan asas dan infrastruktur.
00:30Rekod yang kita terima daripada pejabat daerah Kuching secara resmi kita ada 20 buah setakat ini, tepat 20 buah taman
00:38perumahan baru yang telah pun siap dan dah didiami di kawasan Pantai Damai.
00:45Sekarang ini kita dah ada 43 buah kampung campur 20 buah mana kita ada 62 penempatan yang ada di kawasan
00:53Pantai Damai.
00:54Jadi bilangan penduduk Pantai Damai saya sedang bertambah dengan bilangan pertambahan taman-taman perumahan.
01:00Ini yang sedang berlaku di kawasan kita.
01:02Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan beberapa projek strategik bagi menyokong pertumbuhan kawasan itu termasuk pembinaan jalan
01:11baharu yang akan meningkatkan jaringan perhubungan di Pantai Damai.
01:14Antara projek berkenaan ialah jalan Baku Buntal sepanjang 7.2km yang bakal menjadi sebahagian daripada jalan pesisir selain pembinaan laluan
01:24baharu dari Lebuh Raya Adanan Satim ke Telaga Air serta jalan menghubungkan Lebuh Raya itu ke Kampus Baharu Universiti Aikads
01:32di Kampung Trombol.
01:33Pada masa sama, beliau berkata kerja menaik taraf sistem perparitan di beberapa kampung termasuk Pasir Pandak, Pasir Panjang, Sungai Batu
01:42dan Buntal turut diteruskan bagi mengurangkan risiko banjir ketika musim hujan.
01:47Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baharu Kampung Pasir Pandak di Kucing pada Jumaat.
01:55Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended