Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Perkembangan terkini konflik AS-Iran susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa gencatan senjata melalui memorandum persefahaman yang dimeterai Amerika Syarikat (AS) dengan Iran sudah berakhir.
Transcript
00:00Baik, untuk kita membincangkan perkara ini, di jam ini saya akan bersama dengan Saudara Ashraf Farid.
00:04Beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi Iris Institute yang sudah pun bersedia secara dalam talian.
00:09Pertama sekali, Saudara Ashraf, saya difahamkan ini adalah serangan terbesar sejak gencatan senjata antara kedua-dua negara dimeterai.
00:19Adakah ini petanda kita mungkin akan menyaksikan konflik memasuki kuasa di mana perang berskala besar itu mungkin tercetus?
00:27ataupun mungkin hanya satu lagi episod baharu dalam strategi saling memberi tekanan tanpa niat untuk mencetuskan perang penuh?
00:38Ya, jika kita melihat kepada skala perang ini, beberapa bulan lepas kita melihat eskalasi meningkat dan sekarang ini eskalasi menurun.
00:48Dan ianya dijadikan ruang kedua-dua pihak untuk memainkan peranan politik masing-masing.
00:54Dan kalau kita lihat secara konteksnya, Iran sendiri telah melakukan bersemadian ataupun pengumpulian Ayatullah Ali Khamenei selama enam hari.
01:07Dan ini dijadikan sebagai moral ataupun sokongan kepada penyokong-penyokong mereka di serata dunia.
01:15Dan saya membaca ini juga adalah tindak balas Trump melihat kepada senario sokongan dunia kepada Trump dalam melawan kepada hegemoni
01:24Amerika Syarikat dan juga Israel.
01:26Dan Trump juga mahukan sokongan daripada negara-negara terutamanya negara-negara Pakatan Eropah dan juga Barat melalui NATO.
01:36Dan Trump seperti biasa dengan sifat Mercurial beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan angkuh mengatakan bahawa rundingan dengan negara Iran buang masa,
01:46sampah dan sebagainya.
01:47Kalaulah kepimpinan tertinggi Amerika Syarikat seperti Trump ini melihat rundingan dengan Iran sebagai tidak lagi berkesan.
01:54Apa mungkin implikasinya terhadap masa depan diplomasi sebagai mekanisme utama penyelesaian konflik ini?
02:04Sebenarnya jika kita melihat kepada rundingan, pada peringkat awal lagi kita sudah menjangkakan bahawa rundingan ini tidak akan berkekalan.
02:12Kerana syarat-syarat dan perkara yang diletakkan oleh Amerika Syarikat satu benda yang mustahil untuk dicapai.
02:19Dan mereka tidak lagi bermulanya perjanjian damai ini hanya meletakkan garis panduan untuk berbincang apakah perkara dan asas-asas perbincangan.
02:29Dan seperti yang pernah kami katakan beberapa minggu lepas terhadap rundingan ini, berkepunggian besar rundingan ini akan menemui kegagalan.
02:39Kerana kedua-dua pihak ataupun Amerika Syarikat sendiri sebenarnya tidaklah mahukan untuk perang ini berakhir.
02:46Kenapa saya mengatakan demikian?
02:49Kerana Amerika Syarikat sejak daripada awal bermulanya perang mengikuti kehendak dan juga perancangan Israel.
02:56Dan Israel mahukan perang ini agar diteruskan dan berlanjutan.
03:01Dan seperti juga itu Amerika Syarikat kerana mereka menghantar kedua-dua diplomat ataupun kedua-dua wakil daripada Amerika Syarikat iaitu
03:09Steve Vizkov dan juga anak menantu Trump Jared Kushner, kedua-duanya merupakan pelobi kuat Israel dan Yahudi di Amerika Syarikat.
03:18Dan jika kehendak Israel tidak mahukan perang ini berhenti segera, sudah tentu kedua-dua pelobi Israel ini juga,
03:26mereka tidak mewakili Amerika Syarikat tetapi mereka mewakili kehendak Israel dan juga Yahudi.
03:32Dan kita lihat respons negara-negara serantau, saya difahamkan Oman telah pun mengecam serangan yang dilakukan oleh Iran.
03:41Tetapi bagaimana pula dengan negara-negara serantau lain?
03:43Apa mungkin jangkaan terhadap negara-negara serantau lain seperti mungkin UAE dan juga negara-negara yang berjiran dengan Iran
03:51terhadap serangan yang ditetuskan oleh Amerika Syarikat ini?
03:57Negara-negara serantau yang lain sudah tentu kita melihat mereka menerima kesan
04:01akibat daripada serangan yang dilakukan oleh Iran.
04:05Dan mereka tidak mahukan perang ini berpanjangan kerana ianya memberi impak secara ekonomi
04:10dan juga secara keselamatan negara-negara seperti UAE dan juga Qatar.
04:15Dan kalau kita lihat perkembangan beberapa bulan lepas, sudah ada beberapa kerjasama dan juga rundingan yang telah dijalankan
04:22untuk supaya Iran tidak menyerang negara-negara di negara-negara teluk.
04:27Tetapi kita lihat apa yang berlaku adalah sebaliknya.
04:30Dan Iran masih lagi menyerang negara-negara teluk kerana Amerika dan juga kerana Amerika berterusan mengancam Iran
04:39dan juga Israel sendiri melancarkan serangan di Selatan Lubinan.
04:44Dan kita lihat sebenarnya krisis ini bukanlah dia telah tamat tetapi ianya berada dalam satu fasa dormant
04:51dan sekarang ini apabila pihak-pihak tersebut telah mendapatkan kekuatan mereka semula
04:56dan saya jangkakan perang ini akan berterusan sedikit masa lagi.
05:00Sedikit masa lagi, apakah mungkin perkembangan paling berkemungkinan dalam 3 hingga 6 bulan selepas penamatan gencatan senjata ini?
05:09Pertama kita kena membaca iaitu kata-kata Trump yang dikeluarkan di Ankara ataupun melalui persidangan NATO ini
05:17adakah ianya sebenar-benar hasrat Amerika Syarikat ataupun ianya retorik Trump semata-mata
05:23untuk merangkul sokongan negara-negara NATO.
05:25Kemudian kita kena melihat skala si serangan yang dilancarkan oleh Amerika dan pergerakan-pergerakan kapal-kapal perang di sana.
05:33Dan kemudian kita juga harus melihat di Israel bagaimana perkembangan serangan-serangan di Lubinan
05:39adakah mereka akan melancarkan serangan-serangan baru di Iran?
05:43Dan di pihak Iran sendiri adakah mereka telah bersedia untuk melancarkan serangan-serangan yang baru?
05:49dan bagaimana pula keadaan di Selat Hormuz?
05:51Adakah Iran akan melakukan sekatan di Selat Hormuz?
05:55Jika Iran melakukan sekatan di Selat Hormuz, tidak ada kapal yang boleh melalui selat tersebut
06:00maka berkemungkinan harga minyak akan melonjak dengan mendadak dan juga drastik.

Recommended