Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
MATTA menggesa kerajaan menilai semula pengecualian pengendali pengangkutan pelancongan berlesen daripada subsidi diesel, kerana dikhuatiri menjejaskan industri dan pengguna.
Transcript
00:00Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Mata memohon kerajaan menyemak semula keputusan mengecualikan pengendali pengangkutan pelancongan Malaysia daripada program
00:10subsidi diesel.
00:12Presiden Mata Nigel Wong dalam kenyataan pada Rabu berkata, langkah itu bukan sahaja boleh menyejaskan industri pelancongan tetapi juga rakyat
00:21Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan tersebut.
00:25Nigel menyangkal kenyataan menyifatkan subsidi diesel untuk pengusaha pengangkutan pelancongan hanya memberi manfaat kepada pelancong asing kerana kenderaan pelancongan berlesen
00:36juga memberi perkhidmatan kepada pelancong tempatan.
00:39Katanya pengusaha pengangkutan pelancongan menyediakan perkhidmatan untuk percutian domestik, kumpulan sekolah, acar korporat, perjalanan insentif, ziarah keagamaan, lawatan pendidikan dan
00:50program komuniti.
00:51Beliau berkata, pengecualian daripada subsidi diesel akan meningkatkan kos operasi secara langsung kepada pengusaha pengangkutan pelancongan dengan kos tambahan itu
01:01tidak dapat dielakkan untuk dipindahkan melalui tambang lebih tinggi dan pakej pelancongan lebih mahal kepada rakyat Malaysia serta pelancong antarabangsa.
01:10Nigel menjelaskan langkah itu boleh menjejaskan faktor mampu milik yang menjadi pemacu pelancongan domestik dan ketibaan pelancong asing ketika Malaysia
01:19mempergiat kemping Tahun Melawat Malaysia 2026 TMM 2026.
01:24Katanya perkhidmatan pelancongan mampu milik akan menggalakkan rakyat Malaysia meneroka destinasi dalam negara selain meningkatkan daya tarikan negara kepada pelawat
01:34antarabangsa sekaligus membawa kesan ekonomi kepada sektor hotel, restoran, pusat tarikan, peruncit, pengusaha, pengangkutan dan komuniti setempat.
01:44Tambah Nigel manfaat ekonomi jangka panjang yang dijana menerusi aktiviti pelancongan yang lebih rancak juga berpotensi mengatasi kos penyediaan subsidi
01:54diesel bersasar kepada pengusaha pengangkutan pelancongan berlesen.
Comments

Recommended