Skip to playerSkip to main content
  • 25 minutes ago
Gangguan rangkaian mudah alih terbesar di Australia menjejaskan perkhidmatan kereta api, pembayaran dan data. Telstra memaklumkan siasatan sedang dijalankan terhadap masalah yang melibatkan panggilan dan sambungan.
Transcript
00:00Penduduk di seluruh Australia terjejas akibat gangguan rangkaian mudah alih terbesar negara itu pada pagi Rabu yang memberi kesan pada
00:07perkhidmatan kereta api, platform pembayaran dan sambungan data.
00:12Syarikat Telekomunikasi Terbesar Australia, Telstra, dalam satu kenyataan pada pagi Rabu, memaklumkan pihaknya sedang meneliti isu yang menjejaskan beberapa panggilan
00:21mudah alih dan sambungan data serta akan berkongsi perkembangan apabila masalah itu diatasi.
00:30Ketua Pegawai Keuangan Telstra, Michael Aklan berkata isu menjejaskan NOD yang mengkalkan masa merentasi rangkaian mudah alih telah dikenapasi sekitar
00:384.30 pagi waktu PAY Timur, Australia pada Rabu.
01:00We don't yet know the root cause. We are investigating that urgently and we'll provide updates as soon as we
01:07get more information about the root cause.
01:10We know that customers across the whole community rely on our connectivity and this network challenge has caused many issues
01:20and it's been a big disruption to many people's days and we apologize for that.
01:25Ia telah menyebabkan gangguan meluas terhadap rangkaian kereta api dan platform pembayaran yang menggunakan rangkaian Testra.
01:32Semua perkhidmatan riset rantau di negeri Tenggara Victoria lokasi ibu pejabat Testra dihentikan sementara pada Rabu, menekala berapa perkhidmatan di
01:41negara jiran New South Wales turut terjejas.
01:45Pengendali perkhidmatan di Victoria V-Line dalam notis yang disiarkan pada laman webnya maklumkan tiada anggaran masa untuk baik pulih.
01:53Testra menyediakan 24.9 juta perkhidmatan mudah alih setakat 2025.
Comments

Recommended