Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Iran serius melaksanakan komitmennya, merujuk kepada Fasal 5 Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Penamatan Perang bertarikh 18 Jun 2026.
Transcript
00:00Iran anggap tuduhan Qatar bahawa negara itu menyerang kapal milik mereka di Selat Hormuz sebagai meragukan, tidak boleh diterima, serta
00:07bercanggah dengan prinsip kejiranan yang baik.
00:10Dulu cakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bagai, menegaskan Iran kini serius melaksanakan komitmen yang merujuk kepada fasal 5 Memorandum Persefahman
00:18mengenai penamatan perang bertarikh 18 Jun 2026.
00:25Peruntukan itu menetapkan komitmen Tehran untuk mengambil langkah perlu bagi pentadbiran masa depan di Selat Hormuz serta penyediaan perkhidmatan maritim.
00:35Beliau turut mendedahkan tindakan sesetengah kapal komersial yang dikesan melalui laluan itu tanpa koordinasi dengan Iran.
00:42Malah kapal-kapal berkenaan juga mematikan atau memanipulasi isyarat pengesanan atau sistem identifikasi automatik bagi menyembunyikan pergerakan daripada sistem pemantauan
00:55dan keselamatan maritim.
00:56Perbuatan tersebut meningkatkan risiko pelanggaran dan menjejaskan keselamatan laluan perkapalan sekaligus mengganggu usaha Iran memastikan navigasi selamat di Selat Hormuz.
01:07Qatar sebelum ini mengutuk keras serangan Iran ke atas kapal tangki miliknya al-rikayat yang berhampiran Selat Hormuz sehingga timbalan
01:16duta Iran di Doha terpaksa dipanggil.
Comments

Recommended