00:00Tindakan dalaman diambil terhadap pegawai agensi kawalan dan pelindungan sempadan Malaysia IKPS dan Jabatan Imigresen Malaysia yang terbabit dalam siasatan
00:09sindiket rekalibrasi tenaga kerja RTK atau lebih dikenali sebagai sindiket pemutihan warga asing.
00:16Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Osman Said berkata, keputusan itu dibuat bahagian
00:24pendakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berdasarkan input rasmi yang diterima daripada Jabatan Peguam Negara dan SPRM.
00:34Menurut Azalina, selain tindakan dalaman terhadap pegawai terbabit, semua harta yang disita dalam siasatan sindiket RTK turut dilucut hakkan kepada
00:43hasil kerajaan.
00:44Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewa Rakyat kepada soalan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wisi yang meminta penjelasan
00:52lanjut berhubung keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap siasatan sindiket RTK.
00:58Media sebelum ini melaporkan 11 pegawai penguatkuasa ditahan berhubung sindiket pemutihan itu.
01:04RTK merupakan program pemutihan khas Jabatan Imigresyen bagi memberi peluang kepada majikan mengambil warga asing yang tinggal lebih masa serta
01:13tiada permit bekerja secara sah.
01:16RTK 1.0 mula dilaksanakan pada 28 Disember 2020 lalu sebagai program khas meregulasikan pendatang asing tanpa izin parti.
01:25RTK 2.0 pula diperkenalkan pada 27 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Comments