Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memperkenankan mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di negeri itu mendirikan solat Jumaat. Ketetapan tersebut dibuat bagi memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah utama umat Islam, selain memastikan aspek pengurusan, pemantauan dan keseragaman pelaksanaan solat Jumaat terus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Transcript
00:03Majlis Agama Islam Selangor Ma'is memaklumkan Sultan Selangor Sultan Syarafudrid Idris Shah tidak memperkenan mana-mana surau di pusat
00:11belibelah untuk mendirikan solat jemaat.
00:14Menurut pengerusinya, Dato' Salihuddin Saidin, ketetapan itu dibuat selaras dengan kuasa eksklusif baginda selaku Ketua Agama Islam Negeri yang mampu
00:24menentukan hal awal agama Islam termasuk kebenaran mendirikan solat jemaat di surau atau musola.
00:32Kenyataan Ma'is menyebut ia mengambil maklum cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan surau solat jemaat di pusat belibelah di seluruh
00:40negara.
00:40Namun pelasanaannya di Selangor tertakluk kepada peruntukan undang-undang negeri serta memerlukan kebenaran bertulis daripada Ma'is mengikut Seksyen 97
00:49Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.
00:53Susulan itu, Ma'is dimaklumkan Sultan Selangor tidak memberi pekenan buat masa ini kepada mana-mana surau atau musola di
00:59pusat belibelah di seluruh negara untuk diberikan kebenaran mendirikan solat jemaat.
01:04Ma'is turut berpendapat kebenaran mendirikan solat jemaat di surau atau musola pusat belibelah berpotensi menjejaskan usaha memakmurkan dan mengimarahkan
01:12masjid sebagai pusat ibadah utama umat Islam.
01:16Keadaan tersebut sekaligus boleh menyebabkan pengurangan jumlah jemaat di masjid dan surau solat jemaat sedia ada kerana umat Islam mempunyai
01:23pilihan untuk mendirikan solat jemaat di pusat belibelah.
01:27Pada masa ini, Selangor mempunyai 448 masjid dan 379 surau yang diberikan kebenaran untuk mendirikan solat jemaat.
01:35Jumlah kemudahan sedia ada itu disifatkan mencukupi untuk menampung keperluan umat Islam di negeri berkenaan.
Comments

Recommended