00:00Bertemu kembali, Amerika Syarikat menguatkuasakan semula sekatan terhadap perdagangan minyak Iran.
00:05Menurut Jabatan Perbendaharaan, sekatan itu dengan membatalkan pengecualian yang diberikan lebih dua minggu lalu,
00:11sesulan serangan baru ke atas kapal tangki di Selat Hormuz.
00:16Pejabat Kawalan Aset Asing Jabatan itu memaklumkan,
00:19lesen yang sebelum ini membenarkan urus niaga sementara,
00:22membabitkan minyak mentah, produk petroleum dan petrokimia Iran dibatalkan.
00:26Urus niaga sediada yang telah diluluskan sebelum ini hanya boleh diselesaikan sehingga 17 Julai,
00:33sebelum pembelian baharu atau pemuatan minyak Iran ke atas kapal kembali dilarang selepas tarikh itu.
00:39Pentadbiran Donald Trump sebelum ini mengecualikan sekatan terhadap minyak Iran
00:43bagi tempoh 60 hari di bawah perjanjian sementara yang ditanda tangani dengan Iran bulan lalu
00:48bagi menamatkan perang dan membuka semula Selat Hormuz, laluan penting bagi bekalan minyak dan gas global.
00:54Keputusan menarik balik pengecualian itu dibuat tidak lama selepas Qatar menuduh Iran
01:00penyerang kapal tangki gas asli Cecai Qatar ala rekayat di Selat Berkenaan.
01:05Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom turut melaporkan insiden melibatkan kapal komersial
01:11di Selat Hormuz pada selasa.
01:13Niaga hadapan minyak mentah brand meningkat lebih 5% sesulan pengumuman itu
01:18dengan kontrak penanda aras bagi penghantaran Ogos didagangkan sekitar $76 setong.
Comments