Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Kementerian Luar Iran mendakwa Amerika Syarikat melanggar Perenggan 10 Memorandum Persefahaman Islamabad selepas membatalkan penggantungan sementara sekatan jualan minyak Iran. Tehran menyifatkan tindakan itu sebagai pencabulan terhadap perjanjian dan memberi amaran akan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan kepentingan serta keselamatan negara.
Transcript
00:00Iran mendakwa Amerika Syarikat melanggar Memorandum Persefahaman Islamabad selepas membatalkan penggantungan sementara sekatan ke atas ekspor minyak negara itu.
00:08Dalam satu kenyataan yang dibuat naik di PlatformX, Kementerian Luar Iran menyifatkan tindakan Washington itu sebagai pencabulan terang-terangan terhadap
00:16perenggan 10 Memorandum Persefahaman Islamabad.
00:20Menurut Kementerian Berkenaan, langkah Amerika Syarikat membatalkan penggantungan sekatan hanya beberapa hari selepas Memorandum itu dimeterai mencerminkan pentadbiran Washington tidak
00:28komited untuk mematuhi perjanjian yang dipersetujui.
00:31Teheran turut mendakwa sejak Memorandum itu ditandatangani, Amerika telah melakukan beberapa tindakan yang bercanggah dengan semangat Persefahaman tersebut.
00:39Kementerian Luar Iran menegaskan negara itu telah melaksanakan komitmennya dengan niat baik dan akan terus mempertahankan kepentingan serta keselamatan negara.
00:46Dalam kenyataan sama, Iran memberi amaran akan mengambil pendekatan yang difikirkan perlu bagi melindungi kepentingan nasional susulan tindakan yang didakwa
00:53melanggar perjanjian berkenaan.
00:55Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan antara Teheran dan Washington kembali memuncak susulan perkembangan berkaitan sekatan serta isu keselamatan di rantau
01:03Asia Barat.
Comments

Recommended