Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin meninggalkan legasi besar dalam memperkukuh sistem statistik negara menerusi agenda Pengukuhan Sistem Statistik Negara (PSSN), termasuk pemodenan Akta Perangkaan 1965, pembangunan kecerdasan buatan (AI), pendemokrasian data dan penghasilan statistik yang lebih granular bagi menyokong perancangan pembangunan negara.
Transcript
00:03Selepas 36 tahun berkhidmat, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Muhammad Uzir Mahidin meninggalkan legasi besar dalam memperkukuh sistem statistik negara
00:14menerusi pelaksanaan agenda pengukuhan sistem statistik negara PSSN.
00:20Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM dalam satu kenyataan memaklumkan agenda itu menjadi tunjang kepada usaha memperkasa penyelarasan dan meningkatkan kualiti statistik
00:30rasmi merentasi kementerian serta agensi kerajaan.
00:36Menurut DOSM, pelbagai pembaruan strategi dilaksanakan sepanjang kepimpinan Muhammad Uzir, termasuk penubuhan majlis statistik dan data negara sehingga ke peringkat
00:47negeri dan daerah.
00:48Pemodenan Akta Perangkaan 1965 agar selari dengan perkembangan era digital serta pembangunan keupayaan dalam bidang kecerdasan buatan AI dan sains
00:57data.
00:59Katanya inisiatif berkenaan meletakkan asas kukuh ke arah pembentukan ekosistem data yang lebih modern, bersepadu dan responsif.
01:08Selain itu, Muhammad Uzir turut mempelopori agenda pendemokrasian data menerusi platform Open DOSM NextGen yang memperluas akses rakyat kepada statistik
01:18rasmi secara terbuka dan mesra pengguna.
01:22Beliau juga memperkukuh transformasi digital DOSM melalui penambahbaikan platform seperti MyPA.KW dan MyLaborHub bagi memastikan perkhidmatan statistik kekala relevan
01:33dengan keperluan semasa.
01:34Dalam masa sama, DOSM memaklumkan pendekatan statistik yang lebih granular diperkenalkan menerusi penerbitan laporan statistik Kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri
01:44DUN, MyLocalStats serta keluaran dalam negeri kasar KDNK daerah.
01:50Menurut jabatan itu, pendekatan tersebut membuka dimensi baru dalam perancangan pembangunan wilayah dan penyediaan dasar yang lebih bersasa di peringkat
01:59tempatan.
Comments

Recommended