Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Kementerian Kesihatan akan memperluaskan perkhidmatan tempahan janji temu menerusi aplikasi MySejahtera ke klinik pakar hospital dalam masa terdekat, selaras usaha memperkukuh agenda pendigitalan sistem kesihatan negara.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM akan memperluaskan perkhidmatan tempahan janji temu menerusi aplikasi Maiz Jatra ke klinik pakar hospital dalam masa terdekat.
00:09Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Hanifah Hjataib berkata, pada masa sama kerajaan sedang mengintegrasikan cloud-based klinik management system CCMS
00:18dengan aplikasi Maiz Jatra bagi memudahkan rakyat mengakses rekod kesihatan serta meningkatkan kesinambungan rawatan antara fasiliti kesihatan.
00:26Untuk maklumat yang berhormat, aplikasi Maiz Jatra telah pun memberikan akses kepada orang awam yang ingin tempah temu janji kepada
00:3618 jenis perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan dan klinik pergigian.
00:42Sehingga kini, 29 juta transaksi temu janji telah dicapai. Perkhidmatan ini akan diperluaskan ke klinik pakar hospital dalam masa terdekat.
00:53KKM sedang mengintegrasikan sistem CCMS dengan aplikasi Maiz Jatra.
00:59KKM akan meneruskan agenda pendigitalan kesihatan bagi tujuan tersebut dengan menggantikan sistem sedia ada dengan sistem THIS.
01:08Kerja berfasa dengan 20. Hospital akan dilaksanakan dalam 12 bulan.
01:14dan akan datang termasuk maklumat makmal pengimajian tabung darah dan farmasi.
Comments

Recommended