00:00Malaysia berdepan risiko penyusutan tenaga kerja akibat penurunan kadar kesuburan peningkatan penyakit tidak berjangkit NCD dan isu kesihatan mental dalam
00:11kalangan rakyat terutamanya membabitkan golongan belia.
00:14Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata cabaran berkenaan yang disifatkan sebagai krisis kembar boleh memberi kesan kepada jumlah tenaga
00:22kerja, produktiviti ekonomi, daya saing negara, perbelanjaan kesihatan serta kemampanan sistem pelindungan sosial dan fiskal negara.
00:33Akmal Nasrullah susulan itu berkata rancangan Malaysia ke-13 RMK-13 mengambil pendekatan strategik dan bersepadu bagi memastikan Malaysia memiliki
00:43tenaga kerja mencukupi, sihat, berkemahiran dan produktif dalam usaha mencapai aspirasi menjadi negara berpendapatan tinggi serta antara 30 ekonomi terbesar
00:54dunia menjelang 2030.
00:56Antara strategi utama kerajaan ialah memperluas dan mengoptimumkan bekalan tenaga kerja menerusi peningkatan penyertaan tenaga buruh dalam kalangan wanita, warga
01:07emas, produktif, orang kurang upaya OKU dan kumpulan rentan.
01:12Selain itu, kata beliau, kerajaan turut memperkukuh program peningkatan kemahiran, latihan semula serta pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan tenaga kerja
01:22dapat menyesuaikan diri dengan ekonomi baharu yang dipacu pendigitalan kecerdasan buatan AI dan teknologi termaju.
01:29Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato' alias Razak untuk menyatakan strategi makro dalam
01:40merangka RMK13 bagi menangani unjuran risiko susutan pasaran tenaga kerja negara.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments