Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Canselor Jerman mempertahankan peningkatan bajet pertahanan dan menegaskan keupayaan negara, susulan kritikan Donald Trump terhadap ketidakseimbangan perbelanjaan NATO menjelang mesyuarat pemimpin pakatan itu di Ankara.
Transcript
00:00Dalam reaksi segera kepada kenyataan Trump, Chancellor German Friedrich Merz mempertahankan perbelanjaan negaranya untuk pertubuhan perjanjian Atlantik Utara NATO.
00:10Tegas Merz, German akan menggandakan bajet pertahanannya dalam tempoh empat tahun.
00:44Langkah itu kata Merz adalah usaha terbesar yang pernah dilakukan untuk memperkukuh keupayaan pertahanannya.
00:50Dalam hal ini, Jerman juga tidak mempunyai sebab untuk berasa rendah diri terhadap sesiapa.
00:55Hubungan antara Amerika Syarikat dan Eropah tegang sepanjang penggal pertama Trump dari 2017 hingga 2021 serta dalam penggal semasanya yang
01:04bermula pada Januari 2025.
01:07Meskipun sebahagian besar pemimpin Eropah mengambil sikap tidak mengendahkan presiden itu sepanjang empat tahun pertamanya memegang jawatan,
01:15beberapa pemimpin Eropah kini cuba mengambil pendekatan yang lebih mesra terhadap Trump kali ini.
01:20Namun keinginan Trump mengambil alih Greenland, wilayah otonomi milik Denmark dilaporkan memburukkan lagi hubungan tersebut.
Comments

Recommended