Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pelaksanaan pengecualian fi RM1 bagi pengeluaran tunai ATM melibatkan kira-kira 84 peratus mesin di seluruh negara, bertujuan memberi kelegaan kepada pengguna melalui rangkaian perkongsian ATM antara bank, kata Jurucakap Kerajaan Madani Fahmi Fadzil.
Transcript
00:00Pelaksanaan pengecualian seringgit bagi pengeluaran tunai di mesin pengeluaran wang otomatik ATM melibatkan kira-kira 84% atau hampir 16
00:11,000 mesin di seluruh negara.
00:13Jurujakab Kerajaan, Datuk Fahmi Fadil berkata, langkah itu bertujuan memberi kelegaan kepada pengguna melalui rangkaian perkongsian ATM antara bank.
00:22Saya telah berhubung dengan pihak Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan penjelasan dan berdasarkan pengumuman, pengecualian fee tersebut asasnya bertujuan memberi
00:36sedikit kelegaan dengan mengetepikan kos pengeluaran tunai, wang tunai di antara bank menggunakan ATM yang dimiliki oleh bank.
00:44Langkah ini membolehkan para pelanggan untuk mengeluarkan wang tunai dari mana-mana ATM yang dimiliki bank tanpa dikenakan fee RM1,
00:53selagi mana ATM tersebut dimiliki dan dikendali oleh bank yang menyertai rangkaian perkongsian ATM.
01:01Beliau berkata demikian pada sidang media Mingguan Komunikasi Auditorium Seri Angkasa, Angkasa Puri pada Rabu.
01:08Katanya pengguna boleh mengenalpasti ATM Midit Bank melalui logo bank dan bukan mesin kendalian pihak ketiga.
01:15Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia sekiranya masih dikenakan fee RM1 bagi transaksi yang
01:24layak pengecualian.
01:25Dalam pada itu katanya pihak Association of Banks in Malaysia ABM dan Association of Islamic Banks in Malaysia AIBIM dijangka
01:35akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan tersebut.
Comments

Recommended