00:00Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL, melaksanakan kerja penyelenggaraan infrastruktur awam di atas Rizab Awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan kepada
00:10Peruntukan Akta Jalan Parik dan Bangunan 1974.
00:14Berhubung status penggunaan tanah melibatkan kolam takungan banjir, buat masa ini terdapat 28 kolam takungan di bawah seliaan DBKL dan
00:24Jabatan Pengairan dan Seleran Kuala Lumpur.
00:2615 kolam di bawah seliaan JPS dan 13 di bawah seliaan DBKL yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko banjir
00:35di ibu kota.
00:36Kerja-kerja penyelenggaraan seperti pengorekan kelodak, pembersihan kawasan kolam, pembaikan struktur tebing dan penyelenggaraan berkala akan terus dilaksanakan bagi memastikan
00:47kapasiti kolam sentiasa berada pada tahap optimum.
00:50Sebagai kawalan terhadap sebarang pelanggaran prosedur, DBKL menetapkan bahawa permohonan kebenaran merancang di sekitar kawasan kolam takungan di sekitar Kuala
01:01Lumpur tidak akan diluluskan sehingga syarat teknikal yang ditetapkan oleh JPS dan agensi teknikal lain telah dipatuhi.
01:10Dalam pada itu, Plan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang telah diwatakan iaitu Plan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan Plan Tempatan
01:21Kuala Lumpur 2040 menggariskan hala tujuh strategik untuk mewatakan semua kolam yang dikenal pasti sebagai kolam takungan banjir dan mengekalkan
01:31fungsi kolam sedia ada yang telah diberi milik untuk dinaik taraf bagi mengurangkan implikasi kejadian banjir di Kuala Lumpur.
01:39Sebagai semak dan imbang, Jabatan Wilayah Persekutuan telah mewujudkan satu pasukan task force yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah
01:48Persekutuan yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi memperkukuhkan penyelarasan dan tindakan mitigasi banjir di Kuala Lumpur termasuk pihak negeri Selangor.
01:59DBKL akan meningkatkan aspek tabik urus dan tata kelola pematuhan syarat pembangunan berkaitan infrastruktur tebatan banjir bagi memastikan pelaksanaan serta
02:10pematuhan terhadap keperluan dan syarat teknikal yang ditetapkan di bawah garis panduan, plan kerja tanah dan garis panduan, plan kejuruteraan
02:19dilaksanakan dengan berkesan.
02:20DBKL juga akan mempertikatkan kerjasama dan penyelarasan antara agensi bagi memastikan aset infrastruktur tebatan banjir diurus, diselenggara dan dipelihara dengan
02:32baik dan berfungsi.
Comments