Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Isu saluran terbuka ke IPTA mencetuskan perdebatan apabila dilihat sebagai 'pintu belakang'.

Namun pakar menegaskan ia tidak menjejaskan kuota UPU, sebaliknya membuka lebih banyak peluang pendidikan tinggi kepada masyarakat.
Transcript
00:00Isu saluran terbuka ke institusi pengajian tinggi awam IPTA terus menjadi perbahasan khususnya
00:06apabila timbul dawaan ia merupakan pintu belakang yang menjejaskan peluang kemasukan pelajar melalui saluran perdana UPU.
00:12Menurut pengurusi jawatankuasa Naib Chancellor dan Rektor Universiti Awam Prof. Datuk Dr. Amin Mattaf,
00:19saluran tersebut tidak menjejaskan kuota sedia ada, sebaliknya bertujuan memperluaskan akses pendidikan tinggi.
00:28Itu arahan daripada KPT dan itu larangan daripada KPT.
00:33Di KPT ada bahagian Inspektorat, ada bahagian Governance, ada bahagian MQA yang sentiasa memantau.
00:39Malahan daripada statement JKNCR, kita dengan jelas menunjukkan bahawa saban tahun,
00:46ambilan perdana melalui UPU meningkat.
00:50Terima kasih kepada Datuk Dr. Zamri, terima kasih kepada KPT.
00:53Beliau berkata demikian dalam satu program Anjuran Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Minda UKM.
01:01Katanya pada tahun 2025, jumlah pengambilan pelajar meningkat sebanyak lebih 8,000 tempat.
01:07Malah bagi tahun ini, kerajaan turut mengarahkan penambahan lebih 3,000 tempat
01:12bagi kursus-kursus kritikal seperti undang-undang, kecedasan buatan AI dan perekaunan.
01:17Sehubungan itu, saluran terbuka dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperluas peluang pendidikan tinggi
01:23dan bukannya menggantikan atau mengurangkan kuota sedia ada.
Comments

Recommended