Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Sebanyak 76,361 aduan konflik hidupan liar direkodkan di seluruh negara dengan anggaran kerugian mencecah RM58.7 juta dari tahun 2021 hingga Mei 2026.
Transcript
00:00Lebih 76,000 aduan konflik kehidupan liar direkodkan di seluruh negara dengan anggaran kerugian mencecah RM58.7 juta dari tahun
00:102021 hingga Mei 2026.
00:13Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arta Joseph Kurup berkata, daripada jumlah itu, lebih 9,000 aduan direkodkan
00:21di Johor dengan anggaran kerugian sekitar RM7.5 juta.
00:28Sehubungan itu, bagi melindungi khazanah biodiversiti serta menangani konflik antara manusia dan hidupan liar, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan program Ecological
00:38Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation, EFT, sejak 2019.
00:42Justru bagi melindungi khazanah biodiversiti serta menangani konflik manusia dan hidupan liar, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan program Ecological Fiscal Transfer
00:54for Biodiversity Conservation, ataupun EFT,
00:57mulai daripada tahun 2019 yang bertujuan untuk menggalakkan Kerajaan Negeri memperkukuhkan pengurusan kawasan pelindungan serta usaha konservasi biodiversiti.
01:10Sehingga tahun 2025, pelaksanaan EFT telah menyumbang kepada pewartaan kira-kira 90,000 hektar kawasan pelindungan daratan baru, sekaligus memperkukuh
01:25pemuliharaan habitat hidupan liar di negeri ini.
01:28Bagi tempoh 2025 hingga 2026, sebanyak 600,000 dana EFT diperuntukkan untuk memperkukuh pengurusan konflik manusia dan gajah melalui pelbagai
01:40inisiatif.
01:41Antara usaha yang dilaksanakan termasuk program operasi bersepadu translokasi gajah di Johor yang melibatkan 8 kawasan koridor laluan gajah termasuk
01:51di daerah Mersing dengan sasaran memindahkan 25 ekor gajah liar ke habitat yang lebih sesuai.
01:57Dalam tempoh tersebut, sebanyak 29 ekor gajah liar berjaya ditangkap dan dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai, sekaligus membantu mengurangkan
02:06konflik antara manusia dan hidupan liar di kawasan terlibat.

Recommended