00:00Meskipun keadaan pengangguran meningkat bulan lalu, kerajaan menjangkakan risiko terhadap pasaran buruh Malaysia masih rendah berikutan prestasi penyertaan tenaga buruh
00:09yang kekal stabil.
00:11Menteri Ekonomi Ahmad Nasrullah Muhammad Asim jelaskan keadaan pengangguran negara bagaimanapun masih berada pada tahap yang terkawal.
00:17Risiko pekerjaan juga kita pantau secara rapi, tekanan kepada pasaran buruh bukan hanya berpunca daripada kenaikan harga tetapi juga daripada
00:30permintaan global yang perlahan, kelemahan pasaran eksport dan juga tekanan kepada operasi perniagaan.
00:37Namun begitu, jangkaan risiko ini masih rendah untuk Malaysia memandangkan prestasi penyertaan tenaga buruh masih stabil, yang ini ada saya
00:48nyatakan dalam Dewan Yang Mulia minggu lepas, walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam keadaan pengangguran iaitu daripada 2.9% ke
00:583%.
00:59Kerajaan sedang memantau rapi keadaan ini supaya sebarang perubahan kita dapat tangani dengan lebih awal.
01:07Terima kasih.
Comments