00:00Berkaitan dengan langkah intervensi yang diambil oleh kerajaan, kita gerakkan melalui empat pendekatan utama iaitu menjamin bekalan, memanjangkan bekalan, mengekang
00:16kenaikan harga dan juga memanfaatkan peluang.
00:19Pendekatan ini dilaksanakan melalui empat fokus tindakan iaitu pertama, melindungi rakyat, kedua, menstabilkan bekalan dan harga, ketiga, menyokong PMKS serta
00:33industri dan keempat, membina daya tahan ekonomi jangka sederhana dan panjang.
00:38Jadi untuk yang pertama, melindungi rakyat, keutamaan kerajaan ialah memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan awal krisis global.
00:50Bantuan dan subsidi bersasar terus diperkukuh bagi mengurangkan tekanan kos sehari hidup melalui, sebagai contoh yang pertama, sumbangan tunai rahmah
01:00dan juga sumbangan asas rahmah sahara bulanan.
01:02Kedua, mengekalkan harga petrol bersubsidi Budi Madani RON95 pada RM1.99 per liter bagi RM14 juta per lima yang layak.
01:14Ketiga, Budi Madani Diesel juga telah diperkenalkan bermula 1 Julai dengan harga RM2.10 bagi menyeragamkan pelaksanaan subsidi diesel secara
01:26lebih bersasar.
01:27Dan keempat, memperbanyakkan program jualan rahmah kepada 30,000 jualan untuk tahun 2026.
01:35Sehingga 22 Jun, sebanyak 14,884 program ini telah dilaksanakan di seluruh negara.
01:43Langkah ini penting supaya bantuan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan, khususnya kepada isi rumah yang berpendapatan rendah,
01:53pekerja dan juga peniaga kecil, petani, pekebun kecil dan juga pengguna yang terkesan dengan kenaikan kos harian.
02:02Untuk pendekatan yang kedua, dalam soal menstabilkan bekalan dan harga,
02:08kerajaan melaksanakan pemantauan harian ke atas bekalan dan juga harga barangan keperluan.
02:14Penyelarasan turut dibuat bersama dengan Petronas dan pemain industri untuk memantau kedudukan stok dan melaksanakan langkah kontigensi
02:24supaya keperluan pengguna serta ekonomi utama tidak terjejas dan memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil.
02:34Sehingga kini, kerajaan dapat memastikan bekalan bahan api mencukupi sehingga penghujung Ogos 2026
02:42dan sedang berusaha untuk memastikan bekalan bahan api terus terjamin.
02:48Ini penting supaya aktiviti harian rakyat, pengangkutan awam, logistik, peniagaan dan juga sektor kritikal dapat terus beroperasi.
02:59Bekalan beras negara termasuk stok penimbal juga masih terkawal, iaitu mencukupi untuk tempoh 5 hingga 6 bulan.
03:09Bekalan makanan asas seperti ayam, telur, ikan, susu dan buah-buahan mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan.
03:19Pemantauan harga barangan keperluan mengikut lokasi dilaksanakan melalui platform Price Catcher.
03:25KBDN memantau 316 barangan keperluan di lebih 2,000 premis runcit seluruh negara dengan sokongan 850 orang pegawai pemantau harga.
03:38Penguatkuasaan terhadap pencatutan dan penyeludupan turut dipertingkatkan supaya tekanan global tidak dimanipulasi untuk menaikkan harga secara tidak munasabah.
03:49Kerajaan juga turut memperkenalkan langkah intervensi bagi menjamin serta memanjangkan ketersediaan bekalan antaranya seperti berikut.
03:59Pertama, menyelaraskan had kuota budi 95 daripada 300 liter kepada 200 liter bermula 1 April.
04:08Meningkatkan kadar bantuan tunai budi agri komoditi kepada RM400 sebulan untuk lebih 200,000 petani serta pekebun kecil yang terkesan
04:21dengan dana tambahan RM20 juta sebulan.
04:24Ketiga, menyediakan pendahuluan insentif pembajakan kepada pesawah ataupun IPKP sebanyak RM300 sehektar bagi membantu pesawah menampung peningkatan kos operasi.
04:39Keempat, memastikan kesinambungan bekalan baja negara melalui pengukuhan kerjasama strategik dengan negara lain termasuk daripada Australia.
04:50Kelima, memantau bekalan ubat dan peranti perubatan melalui pasukan petugas khas keterjaminan perkhidmatan kesehatan.
05:00Dan yang keenam, melaksanakan inisiatif bekerja dari rumah ataupun BDR untuk penjawat awam bermula daripada 15 April dan diteruskan dengan
05:11hari bekerja hybrid sebagai norma baru mulai 1 Ogos 2026.
05:16Sektor swarta juga turut menyahut saranan aturan kerja fleksibel ini.
05:21Yang ketiga, Datuk Yang Di-Pertua, untuk menyokong PMKS dan industri, kerajaan memberi tumpuan kepada kelangsungan operasi firma dan industri
05:33tempatan menerusi penyindaan pelbagai bentuk sokongan kewangan
05:37dan juga insentif bersasar dalam rantaian input kritikal.
05:43PKS yang terjejas menerima sokongan aliran tunai melalui Bank Negara Malaysia, fund yang kita panggil SME Stabilization Relief Facility ataupun
05:54SME SRF dengan izin
05:56berjumlah RM5 bilion yang mana setakat 18 Jun lebih daripada RM1,000 PKS telahpun diluluskan pembiayaan yang mana nilainya lebih
06:08daripada RM17 juta.
06:10Jadi maksudnya masih ada RM4 bilion yang tersedia yang menunjukkan kita masih ada ruang yang mencukupi untuk permohonan seterusnya.
06:19Selain itu, sokongan pembiayaan juga kita sediakan melalui syarikat jaminan pembiayaan perniagaan ataupun SJPP.
06:29Hingga 24 Jun, sebanyak 225 akaun telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM157.52 juta.
06:42Bagi sektor yang terkesan, antaranya sektor berasaskan agro, pembinaan, logistik, pengangkutan dan juga pelancongan.
06:52Seterusnya, kerajaan turut melaksanakan pengurangan atau diskaun kadar sewaan premis perniagaan milik kerajaan dan juga agensi kerajaan kepada peniaga dan
07:03penjaja kecil yang layak antara 20 hingga 50%.
07:07Ada juga negeri dan pihak berkuasa tempatan turut menyahut seruan ini.
07:13Sektor logistik dan pengangkutan darat pula dibantu melalui penambahbaikan kuota di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi ataupun SKDS
07:23bagi mengekang ketirisan tanpa menjejaskan kestabilan rantaian bekalan domestik.
07:30Dan yang terakhir keempat, membina daya tahan jangka sederhana dan panjang.
07:35Tumpuan kita bukan sekadar untuk menguruskan krisis ketika ini.
07:41Yang penting ialah untuk kita juga memastikan ekonomi Malaysia lebih bersedia menghadapi cabaran global pada masa hadapan.
07:50Krisis ini memberi peluang kepada negara untuk menstrukturkan semula ekonomi kita.
07:55Keutamaan dan strategi di bawah rancangan Malaysia ke-13, RMK ke-13, akan terus diperkukuh terutamanya dalam produktiviti,
08:07sektor bernilai tinggi, keselamatan makanan, peralihan tenaga, pendigitalan dan juga pembangunan bakat.
08:15Dari sudut keselamatan makanan, RMK ke-13 akan memperkukuh rantaian bekalan domestik,
08:24meningkatkan kapasiti agro makanan, memperbagaikan sumber import dan juga mengurangkan kebergantungan kepada input kritikal dari luar negara.
08:34Dari sudut tenaga, RMK akan terus meneruskan agenda peralihan tenaga,
08:43peluasan tenaga boleh baru dan juga penggunaan sumber domestik yang lebih strategik.
08:48Contoh yang paling rapat adalah pelaksanaan B15 biodiesel secara berperingkat mulai 1 Jun 2026,
08:56yang mana antara langkah awal untuk kita terus mengurangkan kebergantungan kepada diesel fosil import
09:04dan memanjangkan daya tahan bekalan bahan api negara.
09:08Sebanyak 69% daripada operasi 33 depo pengadunan telah menghasilkan adunan B12 dan juga B15.
09:17Selain itu, projek naik taraf depo pengadunan kepada B20 bagi fasa 1 telah diluluskan di bawah RMK ke-13
09:28dengan kos sebanyak RM41.8 juta.
09:32Bagi pelaksanaan, Plan Hala 7 Peralahan Tenaga Nasional atau NETA
09:37terus diperkukuh dengan tumpuan kepada 6 bidang utama iaitu kecekapan tenaga,
09:43tenaga boleh baru, hidrogen, bioenergi, mobiliti hijau dan juga carbon capture, utilization dan storage
09:51ataupun CCUS.
09:53Selain itu, ketersediaan input perantara, strategi seperti nafta, resin dan hidup,
Comments