Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Sebanyak 1,076 kes Cerebral Palsy (CP) telah didaftarkan sejak 2016 di klinik kesihatan seluruh negara. Menteri Kesihatan memaklumkan sekitar 50% pesakit mempunyai fungsi kognitif normal.
Transcript
00:00Sebanyak 1076 kes cerebral palsy atau CP telah didaftarkan dan menerima intervensi awal di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara
00:09sejak tahun 2016.
00:11Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad memaklumkan bahawa berdasarkan rekod dianggarkan 50% daripada pesakit CP mempunyai fungsi kognitif
00:21yang normal, manakala selebihnya mengalami pelbagai tahap gangguan kognitif.
00:30KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan ke anak-anak ini melalui saringan pengesanan awal, rawatan rehab, sokongan kepada keluarga dan penjaga, caregiver
00:38dan akhir sekali kerjasama rentas agensi dan NGO.
00:42Inisiatif-inisiatif yang kami lakukan merangkumi saringan perkembangan berkala, intervensi awal pendidikan kesihatan, latihan penjagaan di rumah, akses kepada perkhidmatan
00:51dan kemudahan yang bersesuaian dengan pusat pemilihan dalam komuniti PPDK kami
00:56serta sokongan pengurusan intermittent clean characterization ini untuk mereka kencing dan sebagainya di sekolah mengikut keperluan pesakit.
01:05Mengenai aspek bantuan keuangan, KKM menjelaskan bahawa bantuan khusus secara langsung adalah di bawah bidang kuasa agensi lain seperti Jabatan
01:13Kebajikan Masyarakat, JKM.
01:16Bagaimanapun, KKM tetap membantu melalui penyediaan alat bantuan dan peralatan rehabilitasi berdasarkan penilaian klinikal dan kelayakan pesakit.
01:24Bantuan tersebut disalurkan menerusi dua saluran utama iaitu tabung bantuan perubatan di semua hospital kerajaan dan tabung kebajikan perubatan Malaysia
01:32TKPM
01:33yang dikenalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Sosial Perubatan serta Majlis Kanser Nasional.
01:39Bagi pesakit yang tidak memenuhi kriteria bantuan berkenaan, KKM menjadikan hikmat kaunseling dan preskripsi peralatan
01:45bagi memudahkan mereka mendapatkan akses bantuan daripada pihak NGO dan agensi berkaitan.
Comments

Recommended