Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Iran menggesa Amerika Syarikat menetapkan garis masa pengunduran Israel dari wilayah Lubnan yang diduduki. Langkah itu dilihat penting bagi memastikan kestabilan dan pelaksanaan perjanjian serantau.
Transcript
00:00Iran menggesa Amerika Syarikat meletapkan garis masa bagi pengunduran tanpa syarat Israel dari semua wilayah Lubnan yang diduduki.
00:08Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bagai berkata, penamatan operasi ketenteraan Israel di Lubnan serta pengunduran dari wilayah yang diduduki adalah
00:18syarat utama bagi mencapai perjanjian berkekalan di rantau itu.
00:23Beliau menegaskan penamatan operasi ketenteraan Israel setelah pemeliharaan kedaulatan Lubnan merupakan asas penting kepada sebarang perjanjian jangka panjang.
00:32Dalam masa sama, Teheran menjagakan Washington akan memenuhi komitmennya dengan mengekang tindakan ketenteraan Israel di wilayah Lubnan.
00:41Gesar itu dibuat ketika Iran dan Amerika terus berusaha melaksanakan persefahaman lebih luas merangkumi beberapa perkara utama yang dipersetujui selepas
00:50ketegangan ketenteraan serantau.
00:53Perkembangan itu mencerminkan tekanan diplomatik berterusan terhadap Washington dalam memastikan pelaksanaan komitmen berkaitan konflik di Lubnan.
01:06Terima kasih kerana menonton!
01:08Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended