Skip to playerSkip to main content
100,000 ekor udang celup tepung sepanjang 1 km catat rekod MBOR

Hidangan celup tepung menggunakan kira-kira 100,000 ekor udang segar dengan berat keseluruhan mencecah 1,000 kilogram sempena Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR).

Pegawai Daerah Setiu, Yusaini Amir Mohamad Nor berkata, juadah popular Terengganu itu dihidang diatas 547 buah meja yang disusun sepanjang satu kilometer merentasi pesisir pantai Laman Seri Rhu 10.

Muzik: Neptune-Sporlight dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MBOR #celuptepungterpanjang #celuptepung
Transcript
00:00Hidangan celup tepung menggunakan kira-kira 100,000 ekor udang segar dengan berat keseluruhan mencecah 1,000 kilogram sempena karnival
00:08pekan budaya daerah Setiu menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records, MBOR.
00:15Pegawai daerah Setiu, Yusaini Amir Mohamad Nor berkata, juada popular Terengganu itu dihidang di atas 547 buah meja yang disusun
00:25sepanjang 1 km merentasi pesisir pantai Laman Seri Ruh 10.
00:31Menurutnya, penyediaan hidangan berskala besar itu dijayakan menerusi gandingan seramai 21 pengusaha celup tepung sekitar penarik dan Ruh 10.
00:45Untuk Malaysia Book of Records, yang mana untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, udang telur tepung yang kita
00:52guna itu hampir sebanyak 1,000 kilo ataupun 1 ton melibatkan hidangan sepanjang 1 km dengan menggunakan meja sebanyak 547
01:05biji meja dan aktiviti ini juga kita tidak lakukan secara bersendirian.
01:10Ianya melibatkan peniaga-peniaga di sekitar kampung Mendarit dan juga Ruh 10, melibatkan kedai yang sedia ada yang mana mereka
01:18-mereka ini, pekedai-pekedai ini telah bekerjasama dengan kita untuk menggoreng udang yang sebanyak 1,000 kilo itu berjumlah lebih
01:27kurang 1,000 ekor udang.
01:29Yang mana kita hidangkan di atas meja sepanjang tepi pantai kita ini. Ini telah disumbangkan oleh syarikat Blue Acapelago yang
01:36mana telah menjalankan peniagaan kolam udang di daerah Setiul.
01:40Dan di sini dah timbulnya peniaga-peniaga di daerah Setiul. Dan kita amat-amat berharap dengan penganjuran program ini akan
01:47mendedahkan lagi
01:47ataupun meningkatkan lagi ekonomi penduduk-penduduk di kawasan sekitar Penarit dan Ruh 10 ini dengan jualan udang teluk tepung mereka.
Comments

Recommended