00:00Walaupun harga kembali menjadahana dalam tempoh seminggu dua ini kepada USD 70 dan 67 sen setung pada 26 Jun 2026,
00:13risiko pasaran tenaga masih belum berada sepenuhnya.
00:17Keadaan ini kita perlu terus pantau kerana volatiliti harga minyak boleh memberi tekanan kepada kos operasi, logistik, inflasi dan akhirnya
00:30harga barangan yang ditanggung oleh rakyat.
00:32Sebab itu kerajaan tidak melihat krisis ini sebagai isu mingguan ataupun sementara. Ianya adalah satu risiko yang kita perlu urus
00:42secara berterusan untuk beberapa bulan malah boleh mencecah tahun akan datang sambil negara membina daya tahan ekonomi jangka panjang.
00:54Krisis ini, Datuk Yang Di-Pertua memberi tekanan kepada pelbagai sektor khususnya logistik, penerbangan, perkapalan, pertanian, pembuatan, pembinaan dan juga
01:08perdagangan.
01:09Industri berdepan lonjakan kos bahan api, kelewatan penghantaran input perantara, peningkatan kos inventory dan juga cabaran mendapatkan sumber bekalan alternatif.
01:23Kos pengangkutan freight sebagai contoh di peringkat global meningkat hampir 2 kali ganda, manakala premium insurans kapal dagang di laluan
01:33berisiko melonjak sehingga 16 kali ganda bagi satu perjalanan.
Comments