Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak memandang ringan fenomena gelombang haba Super El Nino yang dijangka melanda hujung tahun ini. Pakar kesihatan memberi amaran risiko kesihatan boleh meningkat, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan golongan berpenyakit kronik.
Transcript
00:00Bertemu kembali, rakyat di negara ini disarankan supaya tidak meremehkan gelombang haba Super El Nino yang dijangka akan melanda seluruh
00:08dunia pada hujung tahun ini hingga tahun hadapan.
00:11Menurut pakar kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Dr. Siti Aisah Mokhtar, jika persediaan awal tidak dijalankan secepat mungkin,
00:21risiko gejala gelombang haba mungkin berpotensi menjejaskan kesihatan ratusan individu termasuk golongan rentan.
00:29Jadi kalau kita tengok, saya perhatikan dekat social media ramai lah yang kata macam eh suhu macam ni pun boleh
00:35jadi panik ke?
00:37Jadi ini lebih merujuk kepada keadaan yang kita panggil acclimatization lah, maksudnya mereka tidak biasa dengan suhu yang tinggi.
00:46Tapi jangan kita rasa di negara kita disebabkan kita dah terbiasa dengan suhu yang agak panas, kita akan apa orang
00:52kata acclimatize.
00:53Sebab kalau kita tengok akhir-akhir ni Jabatan Meteorologi dan juga saya rasa Persatuan Meteorologi Dunia pun dah menjangkakan akan
01:04berlaku satu fenomena yang kita panggil al-mino.
01:06Yang mungkin sekarang ni orang kata akan dijangka berlaku lebih kurang pada hujung tahun ini hingga dibawa kepada tahun hadapan.
01:13Jadi ini akan dijangkakan suhu kita akan meningkat dan lebih daripada suhu kita sekarang dan fenomena ini mungkin akan menyebabkan
01:22perkara yang sama yang terjadi di Eropah akan terjadi di negara kita kalau kita tidak mengambil langkah yang berjaga-jaga.
01:30Beliau memberikan pandangan tersebut dalam rancangan Awani Pagi pada Isnin mengulas mengenai tahap kesedaran masyarakat terhadap risiko gelombang haba Super
01:39El Nino.
01:40Beliau berkata antara golongan yang berpotensi terjejas termasuk golongan rentan yang mempunyai penyakit kronik dengan kanak-kanak dijangka menjadi mangsa
01:49paling terdedah terhadap masalah kesihatan ekoran gelombang haba berkenaan.
01:53Menurut Dr. Aisah, perkara tersebut disebabkan fungsi fisiologi organ badan kanak-kanak yang belum matang sekaligus menjadikan golongan itu sebagai
02:03golongan yang wajib dipantau secara berkala.
02:06Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai agar menjaga kesihatan badan dengan mengelak daripada berada di kawasan terbuka serta mengambil minuman
02:14secara kerap bagi mengurangkan risiko gejala gelombang haba Super El Nino yang dijangka berlaku bermula hujung tahun ini.
02:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended