Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata kelewatan projek LRT 3 berikutan perintegrasian sistem yang dikesan semasa ujian kritikal bagi menjamin keselamatan pengguna namun ia tidak membabitkan sebarang penambahan kos.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Untuk maklumat ahli yang berhormat, projek LRT Laluan Syah Alam LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama Kejauhan Setia sepanjang 37.8km
00:13telah mengalami kelewatan berikutan beberapa isu pengintegrasian sistem yang dikesan semasa ujian kritikal yang dijalankan.
00:22Ujian-ujian integrasi ini dijalankan berulang-ulang kali secara iteratif sehingga kesemua isu-isu tersebut berjaya diselesaikan bagi menjamin keselamatan
00:34dan keselesaan pengguna serta kelencaran operasi tren.
00:38Ingin dijelaskan juga bahawa tiada sebarang penambahan kos memandangkan projek ini merupakan projek kontrak harga tetap, fixed price, turnkey contract
00:49dengan izin.
00:50Malah kontraktor berhadapan denda lewat siap delay damages sebanyak 2.729 juta sehari.
01:01Projek LRT3 merupakan antara pelaburan strategik kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan awam negara.
01:09Kerajaan berharap pembukaan laluan Syah Alam ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan penggunaan pengangkutan awam di negara ini.
01:17Terima kasih.
Comments

Recommended