00:00Sebuah pesawat ringan yang membawa sekumpulan penerjun payung terjun terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang Nancy Essie di timur Laut
00:08Perancis pada Ahad mengorbankan kesemua 11 individu di dalamnya.
00:13Menurut pihak berkuasa, mangsa terdiri daripada seorang juruterbang serta 10 penerjun payung terjun.
00:19Pesawat itu digunakan oleh sebuah sekolah latihan terjun payung dan membawa 5 pelatih serta 5 tenaga pengajar ketika nahas berlaku.
00:28Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas tidak lama selepas-belepas namun sempat mengelak daripada merempuh kawasan perumahan berhampiran yang ketika itu disaksikan
00:37oleh ahli keluarga mangsa.
00:39Pasukan forensik dilaporkan menjalankan operasi membawa keluar mayat mangsa dari lokasi nahas bagi tujuan siasatan.
00:47Laporan media tempatan memaklumkan pesawat terbabit berdaftar di Jerman namun Kementerian Luar Jerman belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
00:56Punca Nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa Perancis.
Comments