00:00Sementara itu, rundingan mengenai formula baru geran khas kepada Sarawak masih diteruskan dengan kerajaan negeri dan kini menunggu keputusan daripada
00:09Kementerian Keuangan MOF.
00:12Fadilah berkata Sarawak telah mencadangkan supaya satu formula tetap diwujudkan bagi menentukan kadar geran khas sekaligus menjadi asas kepada sebarang
00:22penyelarasan pada masa depan.
00:25Menurut beliau, ketika ini Sarawak menerima geran khas intrim sebanyak RM600 juta sementara rundingan berhubung formula berkenaan dimuktamadkan.
00:34Sarawak kita lebih melihat pada artikel 122 di mana kita dapat kena itu intrim RM600. Apa yang Sarawak cadangkan ialah
00:43formula supaya bila kita maulah penyelarasannya kena adalah formula apa basenya.
00:50Jadi ia masih dalam peringkat perundingan dan menunggu keputusan daripada Kementerian Keuangan.
00:59Mengulas lanjut, Fadilah berkata rundingan geran khas Sarawak berbeza daripada mekanisme yang digunapakai bagi Sabah kerana kedua-dua negeri mempunyai
01:08asas peruntukan perlembagaan yang tidak sama.
01:11Katanya Sabah mempunyai peruntukan khusus berkaitan pemulangan 40% hasil bersih perseketuan yang dikutip di negeri itu.
01:18Manakala Sarawak pula memberi tumpuan kepada rundingan formula geran khas di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
01:28Beliau menjelaskan formula itu penting bagi memastikan penyelarasan geran khas pada masa depan dibuat secara lebih jelas, telus dan berdasarkan
01:37mekanisme yang dipestuji bersama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak.
Comments