Skip to playerSkip to main content
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan sangat menghormati keputusan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim serta institusi kehakiman negara yang disifatkannya sebagai benteng terakhir untuk mendapatkan keadilan.

Menurutnya, perjuangan membersihkan nama baik perlu dilakukan melalui proses perundangan yang adil, berasaskan fakta dan bukannya menerusi jalan pintas atau layanan istimewa.

Katanya, selepas enam tahun berjuang untuk membersihkan namanya, tempoh tambahan dua minggu bukanlah satu halangan.

#AWANInews
Transcript
00:00Saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim dan saya hormat institusi kehakiman negara yang merupakan penting terakhir bagi individu saya yang
00:17ingin mendapatkan keadilan bukan melalui jalan pintas ataupun layanan istimewa tetapi melalui perbicaraan yang berdasarkan fakta dan data di bawah
00:27institusi kehakiman itu sendiri.
00:30Saya faham perkara ini memang tidak dijangkakan sebab itu agak sukar untuk saya berikan apa-apa komen atau ulasan. It's
00:41not something which we plan, it's not something which is in the books.
00:47Cuma bagi diri saya secara peribadi, kes ni bukanlah kes yang baru. Sudah enam tahun saya berhentap untuk mendapatkan keadilan,
00:59untuk membersihkan nama saya, integriti saya, maruah saya.
01:02Kalau perlu menunggu lagi dua minggu, saya akur dan patuh.

Recommended