00:00Sebarang pengumuman projek baru atau dasar baru selepas tarikh penamaan calon pilihan raya tidak dibenarkan.
00:08Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peraturan itu perlu dipatuhi bagi memastikan proses demokrasi berjalan secara adil.
00:16Keputusan kita tetap iaitu sebaik tarikh penamaan calon diumumkan, kempen boleh diteruskan tapi tidak boleh ada pengumuman jaminan projek baru
00:38atau dasar baru bagi negeri tersebut.
00:42Dan ini adalah peraturan yang saya semak dengan Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Akta 5 dan disahkan oleh
00:56SPR.
00:57Jadi kalau ini terpakai bagi projek baru, ada masalah dibangkitkan kerana projek diteruskan.
01:06Itu kalau ikut peraturan memang dia bolehkan. Penerusan projek yang sedia ada tidak boleh menggunakan jentera untuk mengumumkan projek baru
01:18untuk masa kempen.
01:21Sama ada di peringkat bandar raya atau kerajaan negeri atau juga kerajaan persekutuan.
01:28Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Seri Syahidan Qasim yang memohon penjelasan berkaitan pelaksanaan peraturan tersebut menjelang pilihan raya negeri di
01:36Johor dan Negeri Sembilan.
Comments