Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Iran mengesahkan tiada sebarang rundingan dijadualkan berlangsung dengan Amerika Syarikat (AS) di Doha, minggu ini, meskipun kedua-dua negara sebelum ini dijangka meneruskan perbincangan susulan gencatan senjata sementara.
Transcript
00:00Iran sahkan tiada sebarang rundingan dijadualkan berlangsung dengan Amerika Syarikat di Doha minggu ini.
00:06Pengesahan dibuat di sebalik perkembangan sebelum ini,
00:09di mana kedua-dua negara dijangka meneruskan perbincangan sesulan gencatan senjata sementara yang dipersetujui minggu lepas.
00:19Timbalan Menteri Luar Iran, Kazim Gharibabadi berkata tiada pertemuan dijadualkan antara pasukan perunding Iran dan Amerika Syarikat.
00:26Beliau telah memaklumkan pakar dari Iran dan Oman akan memulakan rundingan dalam beberapa hari lagi
00:31bagi mentakrifkan semula laluan transit di Selat Hormuz.
00:35Menurutnya, Iran akan berusaha menghalang kapal yang belayar di luar laluan pelayaran yang ditetapkan.
00:41Sebelum ini, pasukan perunding Iran dan Amerika dijangka bertemu di Doha minggu ini.
00:45Namun, Iran memaklumkan tiada mesyuarat dijadualkan selepas kedua-dua pihak kembali melancarkan serangan peluru berpandu pada hujung minggu
00:52sekaligus menguji ketahanan gencatan senjata sementara yang bertujuan menamatkan konflik selama empat bulan.
00:58Di bawah Memorandum Persefahaman 14 Perkara yang dipersetujui sebelum ini,
01:03Iran dan Amerika memberi tempoh sekurang-kurangnya 60 hari
01:07untuk melaksanakan lanjutan gencatan senjata yang dimetrai pada April
01:11membincangkan program nuklear Iran serta merundingkan perjanjian damai yang lebih berkekalan.
01:16Bagaimanapun, perkembangan rundingan itu dilihat masih pelahan apabila kedua-dua pihak saling menuduh melanggar syarat yang telah dipersetujui.
Comments

Recommended