Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Seorang lelaki berusia 21 tahun ditemui hidup selepas 106 jam tertimbus runtuhan akibat gempa bumi di Venezuela. Angka korban melebihi 1,700 orang.
Transcript
00:00Seorang lelaki berusia 21 tahun berjaya diselamatkan selepas 106 jam tertimbus di bawah runtuhan bangunan sesulan gempa bumi kuat yang
00:10melanda Venezuela minggu lalu.
00:12Mangsa Aaron Levi Cantillo ditemukan hidup dalam operasi menyelamat di La Guayra pada Isnin sebelum dibawa keluar menggunakan pengusung dan
00:22dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
00:27Cantillo meluahkan rasa syukur sejurus diselamatkan dan menyifatkan anggota penyelamat merupakan rahmat daripada Tuhan.
00:33Rekaman drone yang dikeluarkan pihak berkuasa menunjukkan pasukan penyelamat terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian bagi mengesan
00:42mangsa yang masih dipercayai tertimbus.
00:44Presiden Interim Venezuela, Delcy Redgrass, maklumkan Cantillo berjaya dikeluarkan selepas diperangkap selama 106 jam menerusi operasi menyelamat yang berlangsung selama
00:5443 jam tanpa henti.
00:57Gempa bumi berkembar yang melanda negara itu pada Rabu lalu setakat ini telah meragut lebih 1,700 nyawa.
01:03Menurut Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela, Jorge Redgrass, operasi mencari mangsa masih diteruskan di beberapa kawasan yang masih terjejas.
Comments

Recommended